Thursday, December 22, 2022

SSM BIZDAY 2022 MENAWARKAN PRODUK, PERKHIDMATAN DAN PROGRAM MENARIK BUAT KOMUNITI USAHAWAN

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 17 Disember 2022 menganjurkan program SSM BizDay 2022, bertempat di AEON Mall, Taman Maluri dengan penyertaan lebih 250 orang.

Program yang membawa tema “Pelanggan Kami, Keutamaan Kami” ini, dirasmikan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

SSM BizDay 2022 dianjurkan bertujuan memperkenalkan keperluan pendaftaran serta formalisasi entiti perniagaan, memberi penjelasan tentang produk, perkhidmatan dan inisiatif yang ditawarkan oleh SSM kepada komuniti usahawan di samping memberi kesedaran berhubung manfaat kepada usahawan mendaftar perniagaan. 

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nor Azimah berkata kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh SSM dapat membantu usahawan menjalankan pendaftaran serta semua keperluan peruntukan perundangan yang ditadbir oleh SSM dengan lancar dan seterusnya membolehkan mereka memberi fokus terhadap usaha-usaha membangunkan perniagaan mereka.  

No comments:

Post a Comment