Wednesday, December 21, 2022

WILAYAH KEPULAUAN DI CHINA MENGADAKAN FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA KE-4




HAIKOU, China, 20 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan (HIIFF) keempat dibuka pada 18 Disember di Sanya, sebuah bandar raya peranginan di Wilayah Hainan di selatan China.

HIIFF diadakan khusus untuk mengukuhkan pertukaran dan kerjasama filem dan budaya antarabangsa, menggalakkan pembangunan berinovatif di dalam industri filem, dan memupuk kreativiti di dalam pembikinan filem.

Festival filem tahun ini telah mengumpulkan sejumlah 3,761 filem dari 116 buah negara dan wilayah untuk Anugerah Golden Coconut, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan.

Satu senarai pendek terdiri daripada 12 filem cereka, lapan dokumentari dan 12 filem pendek akan bersaing untuk Anugerah Golden Coconut pada festival itu, yang akan memilih sebuah filem terbaik, pengarah terbaik, dan hadiah juri khas antara lain.

Daripada senarai finalis itu, jawatankuasa juri Anugerah Golden Coconut akan memilih filem terbaik, pengarah terbaik, anugerah juri, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, penulis skrip terbaik, cereka dokumentari terbaik dan filem pendek terbaik, di antara anugerah lain.

Acara yang dinanti-nantikan itu akan juga mengadakan tayangan awam di seluruh pulau itu. Kira-kira 80 hingga 100 filem dijangka dipaparkan dan dianjurkan merentasi enam kategori bagi “gala, pesta terbaik, pengarah-pengarah baharu Asia, panorama, horizon baharu dan klasik.”

Diadakan buat kali pertama pada tahun 2018, festival filem itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China dan kerajaan wilayah Hainan. Festival tahun ini akan berakhir pada 25 Disember.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16659

No comments:

Post a Comment