Wednesday, December 21, 2022

GRAPHENEA MELANCARKAN SYARIKAT PENGKHUSUSAN KIMIA SAMPINGAN KIVORO

SAN SEBASTIAN, Sepanyol, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graphenea S.A., pengeluar graphene terkemuka dunia telah melancarkan sebuah syarikat sampingan. KIVORO ialah syarikat bahan kimia khusus yang difokuskan untuk mencipta penyelesaian bagi cabaran industri.

Let’s go faster! (Mari kita pergi lebih cepat!) Slogan KIVORO merujuk kepada ketangkasan dan kepantasan apabila bekerjasama dengan syarikat dan digabungkan dengan pendekatan mereka yang mementingkan keringkasan, mereka memberikan nafas baharu dalam sektor bahan kimia khusus. Jeremey Shipp, Pengarah Jualan di KIVORO berkata, “Kami sedang menangani cabaran industri yang rumit, tetapi kami mudah didekati. Kami faham bahawa pelanggan kami mencari penyelesaian, bukan masalah dan kami adalah organisasi yang jelas dan tangkas.” 

KIVORO bukan sekadar graphene, Jesús de la Fuente, CEO berkata, "KIVORO ditubuhkan untuk membolehkan kami komersialkan penyelesaian perindustrian semasa dan bergerak melebihi graphene. Kami sememangnya akan mengekalkan kepakaran terkemuka kami dalam karbon dan bahan nano, tetapi kami juga fokus terhadap membangunkan bahan kimia khusus yang betul untuk menangani cabaran industri pelanggan kami demi menghasilkan kecekapan operasi dan pengurangan pelepasan." 

No comments:

Post a Comment