Saturday, December 10, 2022

PPZ-MAIWP LANTIK RAIZ SEBAGAI EJEN KUTIPAN ZAKAT

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MOA) dan melantik Raiz Malaysia Sdn. Bhd. (“Raiz”) sebagai ejen kutipan zakat yang baru. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pembayar zakat khususnya pengguna aplikasi Raiz.
 
Raiz merupakan pengurus pelaburan digital berlesen dan syarikat usahasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Malaysia. Melalui aplikasi pelaburan mikronya yang unik, membantu orang ramai untuk menyimpan dan melabur duit baki harian secara automatik setiap kali berbelanja. Pengguna juga mendapat ganjaran bonus tunai apabila berbelanja dengan lebih 100 rakan jenama Raiz. Sejak dilancarkan pada Julai 2020, Raiz kini telah merekodkan lebih 1 juta muat turun dan lebih 300,000 akaun telah berjaya dibuka.

PPZ-MAIWP LANTIK RAIZ SEBAGAI EJEN KUTIPAN ZAKAT

No comments:

Post a Comment