Friday, December 2, 2022

TINJAUAN PELANCONGAN GMO RESEARCH 2022: INDUSTRI PELANCONGAN MENGALAMI PERTUMBUHAN PESAT




TOKYO, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE
-- Dalam tinjauan pelancongan yang baru dijalankan oleh GMO Research (TOKYO: 3695), keputusan menunjukkan bahawa dengan pembukaan semula sempadan, Asia mula melihat corak pelancongan yang sihat. Walaupun rantau ini belum pulih kepada tahap sebelum pandemik dan pengembara masih berwaspada, minat terhadap pelancongan luar negara telah meningkat dengan ketara.

Untuk memahami corak dan kesanggupan melancong, GMO Research telah menjalankan tinjauan pada monitor di sepuluh buah negara dan rantau ASIA Cloud Panel,1 rangkaian panel syarikat itu sendiri.2

• Topik penyelidikan: Niat pengguna untuk melancong ke luar negara
• Senarai negara yang ditinjau: China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan , Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia, Malaysia
• Sampel: Lelaki/Wanita, Umur 20-69 3,328 orang
(China 330, Hong Kong 329, Jepun 332, Korea Selatan 346, Singapura 330, Vietnam 338, Thailand 329, Filipina 330, Indonesia 330, Malaysia 334)
• Tempoh tinjauan: 29 Oktober–30 Oktober 2022
• Kaedah tinjauan: Tinjauan dalam talian (Soalan tertutup)

1. Kesanggupan responden terhadap pelancongan masuk

Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa bilangan keseluruhan responden yang bercadang melancong ke luar negeri “sekurang-kurangnya sekali setahun” pada tahun depan kini 10 mata lebih tinggi berbanding sebelum COVID-19 (Carta 1-1). Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kesanggupan melancong berbeza-beza mengikut negara.

Lebih daripada setengah responden di Jepun (88.6%) dan Indonesia (73.2%) telah menyatakan bahawa mereka “tidak bercadang melancong ke luar negara” pada tahun depan kerana mereka tetap berwaspada terhadap pelancongan luar negara dan lebih tertumpu pada pelancongan yang selamat dan seronok (Carta 1-2).

2. Belanjawan pelancongan responden (kecuali perbelanjaan pengangkutan dan penginapan)

Hampir setengah responden, 42.6%, telah menyatakan bahawa belanjawan selepas pandemik mereka akan meningkat, manakala 36.4% mengatakan bahawa belanjawan mereka akan kekal sama. Serupa dengan kesanggupan melancong, respons ini juga berbeza-beza mengikut negara, dengan responden dari Hong Kong (53%), Singapura (64%), Filipina (51.5%) dan Vietnam (62.3%) menyatakan niat untuk meningkatkan belanjawan pelancongan.

Sebaliknya, sebahagian besar responden dari Jepun (95%) dan Korea Selatan (72.7%) telah menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk meningkatkan perbelanjaan, malah mungkin mengurangkan perbelanjaan dengan sedikit atau banyak, yang nampaknya disebabkan oleh susut nilai mata wang mereka (Carta 2).

3. Negara yang responden bercadang lawati

Jepun merupakan destinasi pertama yang responden mahu lawati, diikuti Korea Selatan dalam tempat kedua (Carta 3). Makanan tradisional dan tempatan, pengalaman budaya dan tarikan pelancong yang unik merupakan faktor dorongan utama untuk pelancong lawati Jepun dan Korea Selatan.

Untuk Jepun, susut nilai Yen Jepun juga merupakan faktor dorongan untuk responden melancong ke negara tersebut yang dikenali dengan budaya anime.

Sebaliknya, industri hiburan Korea yang berkembang pesat di Korea Selatan merupakan faktor penyumbang, dengan responden menyatakan penyertaan “konsert oleh BTS dan bintang Korea” serta cinta terhadap drama Korea sebagai sebab yang kuat untuk melawati Korea Selatan. Serupa dengan Jepun, susut nilai Won Korea Selatan juga boleh dianggap sebagai satu lagi faktor dorongan untuk responden melawati destinasi, memandangkan mata wang itu semakin murah.

4. Sumber maklumat tentang pelancongan antarabangsa

Carian web merupakan sumber utama perancangan pelancongan antarabangsa, dengan responden dari tujuh dalam sepuluh negara ini menyatakan bahawa mereka bergantung pada Internet untuk mendapatkan maklumat. Blog pelancongan dan sebaran oleh rakan/kenalan/saudara juga antara pilihan sumber teratas. Ini menyerlahkan kepentingan maklumat sumber asal kepada responden sebelum memutuskan untuk melancong. Di negara seperti Indonesia dan Vietnam, terdapat pergantungan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) dan program TV sebagai sumber untuk menerima maklumat berkaitan pelancongan (Carta 4).

Perihal GMO Research, Inc.

GMO Research Inc. menawarkan platform penglibatan audiens dalam talian yang menyediakan akses kepada rangkaian panel dalam talian berbilang negara, Cloud Panel. Cloud Panel kini merangkumi lebih daripada 52 juta3 ahli panel pengguna dalam talian merentas 16 buah negara APAC dan lebih daripada 45 buah negara rakan kongsi. Perkhidmatan kami termasuk perkhidmatan penuh, penyelidikan permainan, pengurusan projek, sampel sahaja, penyelidikan kualitatif dan penterjemahan, hingga DIY. Kami sentiasa berhasrat menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada klien kami, dengan memanfaatkan salah satu panel APAC proprietari berkualiti tinggi yang paling besar. Kepuasan klien kami ialah keutamaan pertama kami.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GMO Research, layari gmo-research.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16583

No comments:

Post a Comment