Wednesday, December 21, 2022

FWD TAKAFUL MELANCARKAN FWD MEDICAL CARE+

FWD Medical Care+ direka untuk menyediakan akses kepada perlindungan perubatan yang komprehensif.


Menawarkan akses kepada pelbagai perlindungan penghospitalan dan pembedahan yang fleksibel dan mampu milik
 
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) mengumumkan pelancaran FWD Medical Care+, pelan takaful perubatan dan kesihatan dalam talian yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya dimasukkan ke hospital atau menjalani pembedahan disebabkan oleh penyakit atau kecederaan akibat kemalangan. FWD Medical Care+ dilengkapi dengan dua (2) jenis pelan, Medical Plus dan Medical Pro, membolehkan pelanggan memilih pelan yang melindungi mereka dengan sebaiknya.
 
Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, berkata, “Dengan kemajuan perubatan yang semakin meningkat dan rawatan yang lebih baik, mendapatkan bantuan perubatan boleh menjadi mahal. Oleh itu, FWD Medical Care+ direka untuk menitikberatkan kemudahan dan fleksibiliti di samping mampu milik dan akses kepada perlindungan perubatan yang komprehensif. Dengan pelan ini, kami berharap dapat membantu semua rakyat Malaysia mendapatkan bantuan perubatan pada masa yang paling mereka perlukan dan membolehkan mereka memberi tumpuan untuk kembali pulih di samping mengetahui bahawa pelan ini akan membantu mereka memikul beban perbelanjaan yang mahal.”  

FWD Medical Care+ menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih antara perlindungan penuh atau pilihan deduktibel mengikut kemampuan kewangan mereka. Dengan pilihan deduktibel, pelanggan boleh mendapatkan penjimatan sehingga 45% ke atas sumbangan mereka. Pelan ini menyediakan manfaat-manfaat berikut kepada pelanggan:
· Manfaat komprehensif pesakit dalam dan luar melindungi kanser, serangan jantung dan pembedahan, strok, kegagalan buah pinggang, denggi, dan rawatan fisioterapi. Untuk terus menyokong pelanggan kembali pulih, pelan ini juga menyediakan perlindungan kesihatan mental, penjagaan di rumah, rawatan psikiatri, dan banyak lagi.
· Sokongan selain perubatan kerana pelan ini membayar amaun tambahan sebanyak RM25,000 sekali gus jika orang dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan dan RM5,000 sebagai manfaat ihsan apabila orang dilindungi meninggal dunia.
· Pengembalian had membolehkan had tahunan pelanggan dikembalikan selepas digunapakai sepenuhnya dalam tahun sijil yang sama - dibenarkan sekali dalam seumur hidup/tempoh sijil sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FWD Medical Care+, sila layari fwd.com.my/direct/medical-care. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.

Mengenai FWD Takaful Berhad
 
FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

No comments:

Post a Comment