Friday, December 9, 2022

LOGO "PROJEK SUSU CEMERLANG" DIPERKENALKAN BUAT PERTAMA KALI DI BEIJING

BEIJING, 9 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--


Simposium Antarabangsa ke-7 mengenai Pemakanan Lembu Tenusu dan Kualiti Susu dan Forum Pembangunan Susu Dipasteur Projek Susu Cemerlang China ke-4 telah diadakan di Beijing. Pada persidangan itu, penggunaan logo bagi “Projek Susu Cemerlang China” telah dikeluarkan, dan Fujian Changfu Dairy Co., Ltd. menjadi syarikat pertama di China yang mendapat kebenaran bagi logo tersebut. Logo kuning dengan latar belakang merah ini melambangkan satu pencapaian penting bagi China di dalam memperdalamkan pelaksanaan “Projek Susu Cemerlang China”, yang merupakan hasil usaha, dedikasi dan komitmen oleh pekerja yang tidak terkira banyaknya dan langkah perusahaan terhadap kualiti tenusu yang cemerlang.
 
Sejak pelaksanaannya pada tahun 2016, “Projek Susu Cemerlang China” telah menyaksikan kebangkitan dan perkembangan bagi industri tenusu kebangsaan China. Projek ini secara inovatif mencadangkan konsep yang “menetapkan pemakanan aktif sebagai standard teras untuk susu yang sangat baik” dan, di atas dasar ini, merumuskan sistem teknikal yang standard untuk susu yang sangat baik di China, yang telah menyelesaikan kekurangan “penstandardan kualiti” yang telah lama wujud di dalam industri tenusu China. Sementara itu, “Projek Susu Cemerlang China” telah membawa industri tenusu China berubah daripada persaingan homogen tradisional yang bergantung kepada perubahan warna, jenis dan pembungkusan pengiklanan yang berlebihan kepada revolusi berinovatif untuk meningkatkan kualiti dalaman.

Kandungan laktoferin bagi susu pasteur berkualiti tinggi domestik telah meningkat daripada 10.4 mg/L pada tahun 2017 kepada 44.8 mg/L pada tahun 2021, lapan kali lebih banyak daripada produk yang diimport. Penunjuk kualiti dan keselamatan bagi susu segar berkualiti tinggi China kini telah melepasi standard Eropah dan Amerika. Pencapaian “Projek Susu Cemerlang China” itu telah menterbalikkan trend bahawa pasaran pengguna tenusu China terlalu tertarik kepada susu import, dan menyampaikan konsep saintifik bagi “susu berkualiti tinggi dibuat di dalam negara” kepada negara itu.

“’Projek Susu Cemerlang China’ itu adalah satu sebab yang kita perlu terus laksanakan,” kata Nan Zheng, ketua bagi pasukan pelaksana bagi “Projek Susu Cemerlang China” dan Naib Presiden Eksekutif bagi China Excellent Milk Alliance, pada simposium itu. Dengan “Projek Susu Cemerlang China” dimasukkan ke dalam Rancangan Pemakanan Kebangsaan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan bagi Republik Rakyat China selama dua tahun berturut-turut, industri tenusu China dan perusahaan tenusu China secara sedar memikul misi sejarah bahawa “segelas susu menguatkan sebuah negara”. Pada simposium itu, 64 perusahaan tenusu dari 25 wilayah bersama-sama melancarkan satu “Program Tindakan Bersama untuk Projek Susu Cemerlang China yang Menyokong Rancangan Pemakanan Kebangsaan”.
 
Sumber: Forum Pembangunan Susu Dipasteur Projek Susu Cemerlang China ke-4

No comments:

Post a Comment