Tuesday, January 17, 2023

AJC AKAN MENGANJURKAN CABARAN INSTAGRAM "JAMBATAN EMAS" SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SAMBUTAN TAHUN KE-50 PERSAHABATAN DAN KERJASAMA ASEAN-JEPUN




Table

Siarkan foto makanan kegemaran anda dari negara anda sendiri dengan #GoldenTable (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan menganjurkan beberapa siri cabaran Instagram yang bertajuk "Jambatan Emas" sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun dari 16 Januari hingga akhir bulan Julai 2023 dengan menyasarkan semua orang ramai di Negara Anggota ASEAN dan Jepun.

Topik cabaran akan berubah setiap dua bulan. Cabaran pertama ialah “Meja Emas.” Peserta akan menyiarkan foto makanan kegemaran mereka dari negara mereka sendiri untuk disajikan di atas Meja Emas bagi menyambut ikatan dan kemakmuran hubungan ASEAN-Jepun. Memandangkan kempen ini bertujuan mendalamkan persefahaman budaya dan kepelbagaian negara ASEAN dan Jepun, serta menghubungkan negara tersebut ke masa hadapan sebagai “jambatan,” peserta akan meletakkan tag pada seorang daripada rakan mereka dalam siaran tersebut untuk menjemput lebih ramai rakan di sekeliling Meja Emas. (Meletakkan tag pada rakan adalah pilihan.)

Cari #GoldenTable di Instagram dan foto pelbagai budaya makanan asli negara ASEAN dan Jepun akan ditunjukkan. Penyertaan juga boleh dilihat di laman web khas untuk Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun.

Laman web untuk Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun
URL: 
https://aseanjapan50.jp/

Maklumat Tentang cabaran foto “Jambatan Emas”
URL: 
https://aseanjapan50.jp/en/goldenbridgecampaign_photo/

Tambahan pula, lima pemenang akan dipilih secara undian dan mereka akan menerima barangan eksklusif memperingati Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun daripada AJC.

[Cara menyertai Cabaran ini]

1. Ikuti akaun Instagram Pusat ASEAN-Jepun (@aseanjapancentre_pr)
(Sila ambil perhatian bahawa akaun ini berbeza daripada akaun pelancongan AJC.)
2. Ambil foto tema tersebut.
3. Masukkan hashtag #GoldenTable, tag rakan yang anda ingin jemput ke kempen dan siarkan dalam Instagram anda.

Sila semak URL di atas untuk butiran lanjut termasuk terma dan syarat kempen ini.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53217238/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi
Unit PR Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (MS)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81 (0)3-5402-8118
Emel: toiawase_ga@asean.or.jp
 
Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

No comments:

Post a Comment