Wednesday, January 25, 2023

TIANJIN PORT GROUP DAN HUAWEI MENGUMUMKAN KERJASAMA MENDALAM UNTUK MEMBINA KEMBAR PELABUHAN DIGITAL

TIANJIN, China, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tianjin Port Group dan Huawei mengumumkan pada minggu ini bahawa kedua-dua syarikat akan mendalamkan kerjasama untuk membina kembar pelabuhan digital, menjadikannya lebih berautomatik dan cerdas. Yang Jiemin, Naib Presiden Tianjin Port Group, menjelaskan bahawa rancangan ini terdiri daripada tiga bahagian: Pembinaan terminal berautomatik baharu, menaik taraf terminal tradisional dan transformasi digital secara menyeluruh.

Terminal Seksyen C di dalam Kawasan Pelabuhan Beijiang di Pelabuhan Tianjin ialah terminal pelabuhan pintar, sifar karbon pertama di dunia. Terminal tersebut memasuki operasi komersial berskala besar pada bulan Oktober 2021 dan telah beroperasi dengan stabil semenjak itu. Teknologi pemanduan berautonomi 5G dan L4 digunakan di terminal ini untuk membuatkannya lebih selamat dan lebih cekap. Di terminal itu, kren kontena beroperasi secara automatik dan robot cerdas bagi sistem pengangkutan mendatar kerap berulang-alik. Kren dermaga yang dikawal dari jauh mengangkat kontena yang penuh sarat dari kapal kargo dan meletakkannya di atas robot cerdas untuk pengangkutan mendatar. Disokong oleh Sistem Satelit Navigasi BeiDou, robot ini dipandu ke stesen mengunci/membuka kunci automatik untuk membuka kontena dan kemudian ke laman kontena di sepanjang laluan pemanduan optimum yang dikira dalam masa nyata. Keseluruhan proses berjalan lancar.

TIANJIN PORT GROUP DAN HUAWEI MENGUMUMKAN KERJASAMA MENDALAM UNTUK MEMBINA KEMBAR PELABUHAN DIGITAL

No comments:

Post a Comment