Friday, January 13, 2023

EKSPO HAJI 2023 BERMULA, DI BAWAH NAUNGAN GABENOR MAKKAH




Table

Duli Yang Teramat Mulia Putera Khaled Al-Faisal, Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Gabenor Wilayah Makkah mengunjungi pameran bersama Tuan Yang Terutama. Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah (Foto: AETOSWire)​


Menteri Haji dan Umrah: Arab Saudi memanfaatkan teknologi moden untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah haji

JEDDAH, Arab Saudi, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Duli Yang Teramat Mulia Putera Khaled Al-Faisal, Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Gabenor Wilayah Makkah dan Duli Yang Teramat Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al SaudGabenorWilayah Madinah merasmikan persidangan dan pameran bagi tahun 2023 mengenai Haji dan Umrah semasa ‘Ekspo Haji’. Diadakan di Jeddah, edisi kedua Ekspo Haji ini menampilkan 81 penceramah dari sektor awam dan swasta, serta delegasi peringkat tinggi yang terdiri daripada menteri hal ehwal agama, ketua misi haji dan pihak berkuasa atasan dari 57+ negara.

Tuan Yang Terutama Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengalu-alukan kedatangan tetamu yang amat dihormati, dengan jelas menyatakan bahawa keutamaan penting Arab Saudi ialah memastikan bahawa para jemaah dapat menunaikan Haji dan Umrah dengan selamat dan terjamin melalui peningkatan keupayaan digital perkhidmatan. “Ini ialah komitmen bersejarah dan menjadi penghormatan yang boleh dibanggakan untuk kerajaan Dua Masjid Suci,” ujar beliau.

Al-Rabiah mengulangi kenyataan mengenai kesungguhan Kementerian memperkaya pengalaman Haji dan Umrah dengan membangunkan perkhidmatan dan penyelesaian, serta memperkenalkan peraturan dan prosedur yang ditingkatkan. Beliau memuji komitmen pihak berkuasa yang berkaitan dan penandatanganan awal perjanjian Haji sebagai 'bukti kesungguhan tidak henti-henti untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para jemaah Haji dan Umrah.’

Acara tersebut menyaksikan beberapa perjanjian dan Memorandum Persefahaman antara entiti penting, terutamanya Pihak Berkuasa Am untuk Awqaf (GAA), Pihak Berkuasa Am Konvensyen dan Pameran Saudi (SCEGA), Akademi Global Raja Salman untuk Bahasa Arab (KSAA), Standard SaudiMetrologi dan Organisasi Kualiti (SASO) dan Jawatankuasa Kesedaran Media dan Perbankan untuk Bank Saudi. Lebih daripada 57 perjanjian perkhidmatan Haji turut ditandatangani, berkenaan bilangan Jemaah haji, rancangan khusus untuk ketibaan jemaah dan keperluan kesihatan, serta arahan berprosedur.

Ekspo Haji membincangkan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan haji dalam 10 sesi ucaptama, 13 perbincangan panel dan 'Ceramah Haji', serta 36 bengkel dan acara, serta aktiviti lain: pameran Islam, Kawasan Cabaran Haji dan Umrah, serta Zon Permulaan Perniagaan .

Ekspo Haji bertujuan membina ekosistem perkhidmatan dan penyelesaian bersepadu dan mampan bagi meningkatkan pengalaman para jemaah Haji, menjangkakan hala tuju masa akan datang dan mewujudkan peluang untuk kerjasama lanjut, perjanjian serta inisiatif tempatan dan antarabangsa, sambil mempamerkan usaha Arab Saudi meningkatkan pembangunan mampan perkhidmatan jemaah haji.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

*Sumber: AETOSWire

Individu untuk dihubungi

Hussein Nasrallah
pr@digitect.com
 
Sumber: Menteri Haji dan Umrah

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53199476/en

No comments:

Post a Comment