Friday, January 6, 2023

PROTERIAL, LTD.: NOTIS BERKENAAN DENGAN PERTUKARAN NAMA DAGANGAN

TOKYO, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Proterial, Ltd. dengan ini mengumumkan bahawa nama dagangan Syarikat telah ditukar daripada Hitachi Metals, Ltd. pada 4 Januari 2023.

1. Nama dagangan baharu

Proterial, Ltd.

2. Pemikiran di sebalik nama syarikat kami

“Proterial” menggambarkan intipati falsafah korporat kami, yang terdiri daripada tiga unsur: Misi: “Pastikan kualiti terbaik tersedia untuk semua orang,” Visi: “Menerajui kelestarian dengan berprestasi tinggi,” dan Nilai: “Integriti yang utuh” dan “Bersatu dengan saling menghormati.” Ia menggabungkan “pro-” dengan perkataan “material.
“Pro-” mewakili “tiga pro” kami:
Profesional — kerja yang melebihi jangkaan
Progresif — semangat yang terus mencabar
Proaktif —sikap keusahawanan
“Material” merujuk kepada bahan berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh teknologi asal kami dan yang diperkuatkan oleh tiga pro. Dengan fokus kami kepada penyelesaian isu pelanggan dan membawa tahap nilai baharu, kami berjanji untuk menyumbang kepada pembentukan masyarakat lestari melalui produk dan perkhidmatan yang terangkum dalam falsafah kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

PROTERIAL, LTD.: NOTIS BERKENAAN DENGAN PERTUKARAN NAMA DAGANGAN

No comments:

Post a Comment