Thursday, January 19, 2023

ARAB SAUDI AKAN MENJADI TUAN RUMAH PIALA SUPER ITALI ANTARA INTER MILAN DENGAN AC MILAN ESOK




Table

Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Piala Super Itali antara Inter Milan dengan AC Milan Esok (Foto: AETOSWire)


RIYADH, Arab Saudi, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Riyadh, ibu negara Arab Saudi, akan menjadi tuan rumah Perlawanan Piala Super Itali esok pada pukul 10:00 malam (waktu tempatan) antara juara liga AC Milan dengan pemenang piala Inter Milan, di Stadium King Fahd Riyadh, dibawakan oleh Kementerian Sukan sebagai sebahagian daripada acara sukan dalam Musim Kedua Diriyah.

Peminat bola sepak di Arab Saudi dan dunia yang menanti-nantikan kejohanan tersebut akan menikmati perlawanan mendebarkan antara dua gergasi Milan, Inter, pemegang kejuaraan Coppa Italia semasa, dengan AC Milan, juara Piala Super Itali. Kedua-dua kelab akan bersaing dalam pertarungan epik antara dua pasukan dari kawasan yang sama.

Sebelum ini, Arab Saudi telah menjadi tuan rumah Piala Super Itali pada tahun 2018 dan 2019, edisi pertama diadakan di Jeddah antara Juventus dengan Milan, di Stadium King Abdullah Sports City, manakala edisi kedua diadakan di Stadium Universiti King Saud di Riyadh, antara Juventus dengan Lazio.

Penganjuran acara utama Kerajaan ini adalah sebahagian daripada kejohanan dan acara sukan antarabangsa yang berlangsung pada Musim Diriyah 2022 yang dibawakan oleh Kementerian Sukan, dengan tujuan untuk mencapai matlamat Wawasan Kerajaan 2030, dan sebagai salah satu daripada inisiatif Program “Kualiti Hidup”, dengan menganjurkan acara sukan antarabangsa yang paling hebat dan terbesar, untuk memastikan pengalaman hebat untuk pengunjung Musim Diriyah melalui aktiviti yang menakjubkan.

*Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53252037/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan
Dany Abadie – Pengarah Urusan
dany.abadie@squidnomad.com

Sumber: Kementerian Sukan Arab Saudi

No comments:

Post a Comment