Monday, November 14, 2022

"CABARAN INOVASI GLOBAL 2023" MENJEMPUT PESERTA DI DALAM "PERTANDINGAN ROBOT BANTUAN HIDUP" YANG DIREKA UNTUK MEMBANTU ORANG DENGAN KURANG UPAYA "BERJALAN SECARA BERDIKARI"

TOKYO, 14 Nov., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Jawatankuasa Eksekutif GIC”) yang berpangkalan di Tokyo dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa “Pertandingan Robot Bantuan Hidup Cabaran Inovasi Global 2023” (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Pertandingan GIC”) akan diadakan pada tahun depan di “Pusat Inovasi GIC Tsukuba” di Bandar Raya Tsukuba, Wilayah Ibaraki, Jepun, dengan menyediakan jumlah keseluruhan hadiah wang sebanyak USD1,000,000.
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106211/202211019056/_prw_PI2fl_rDD8D0fK.jpg

 
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106211/202211019056/_prw_PI1fl_EGqhrMv2.png

 
Laman web rasmi: https://global-innovation-challenge.com/en/
 
Pertandingan itu akan diadakan pada Mei-Jun 2023 untuk menyokong penyelidik dan pembangun dari seluruh dunia dengan tujuan untuk membawa peralatan berinovatif yang membolehkan orang yang hidup dengan menggunakan kerusi roda dengan mengalami kurang upaya seperti lumpuh untuk “berjalan secara berdikari” (*) tanpa memerlukan bantuan penjaga, dan untuk menggunakan fungsi residual mereka.

(*) Bagi tujuan pertandingan ini, berjalan kaki secara berdikari boleh ditakrifkan sebagai keupayaan bagi seseorang yang mengalami kurang upaya seperti lumpuh untuk berjalan tanpa memerlukan bantuan daripada pihak lain atau tanpa menggunakan kerusi roda.

Penyertaan akan diterima sehingga 31 Mac, 2023, sebelum bermulanya pertandingan itu. Penganjur berharap untuk menerima sebanyak mungkin permohonan daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Untuk butiran lanjut, sila lihat garis panduan permohonan itu di laman web rasmi.
https://global-innovation-challenge.com/en/event_and_project/2023/GIC2023.html

"CABARAN INOVASI GLOBAL 2023" MENJEMPUT PESERTA DI DALAM "PERTANDINGAN ROBOT BANTUAN HIDUP" YANG DIREKA UNTUK MEMBANTU ORANG DENGAN KURANG UPAYA "BERJALAN SECARA BERDIKARI"

No comments:

Post a Comment