Wednesday, November 2, 2022

TERUSAN PINGLU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KOMUNITI CHINA-ASEAN YANG LEBIH DEKAT BAGI MASA DEPAN YANG SAMA

NANNING, China, 2 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam tiga suku pertama bagi tahun ini, jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN telah mencecah RMB 4.7 trilion, satu peningkatan sebanyak 15.2%, untuk menyumbang 15.1% daripada jumlah perdagangan luar China. Di antaranya, eksport ke ASEAN telah meningkat 22% kepada RMB 2.73 trilion, import dari ASEAN ialah RMB 1.97 trilion, satu peningkatan sebanyak 6.9%. Jelas sekali, China dan ASEAN adalah rakan dagang terbesar di antara satu sama lain.

Dengan berkuat kuasanya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kerjasama perdagangan dan pelaburan di antara China dan ASEAN telah membawa peluang-peluang yang semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN akan terus berkembang pesat di masa hadapan. Tambahan pula, China menumpukan usaha yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk bersiap sedia bagi pembangunan ini dengan membina sebuah terusan, Terusan Pinglu, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang yang berjiran dengan blok ASEAN, dengan hasrat untuk mempercepatkan pengangkutan barangan di antara China dan ASEAN.

Pembinaan Terusan Pinglu itu, yang dirancang dengan jumlah panjang keseluruhan kira-kira 135 kilometer dan dijangka menelan belanja satu anggaran jumlah pelaburan melebihi RMB 72 bilion, telah pun dimulakan pada Ogos tahun ini. Ia dijadualkan dibuka untuk pelayaran dalam tempoh empat tahun dan dirancang untuk mengendalikan kapal seberat 5,000 tan. Terusan Pinglu itu bermula dari Bandar raya Hengzhou di peringkat daerah di Kota Nanning, dan memasuki Teluk Beibu melalui Sungai Qinjiang di Daerah Lingshan di Bandar raya Qinzhou, demikian menurut Pinglu Canal Group Co., Ltd.

Menurut Wu Peng, seorang pakar di dalam perancangan dan reka bentuk bagi projek Terusan Pinglu, “Terusan Pinglu itu akan menjadi satu pencapaian perintis dalam sejarah pembinaan terusan di China, kerana ia merupakan terusan terbesar seumpamanya. Kapal-kapal pedalaman boleh berlayar terus ke pelabuhan laut. Apabila siap nanti, ia akan menjadi sebuah terusan yang sangat sibuk yang terkenal kerana jumlah muatan yang besar, kapal yang mempunyai berat tan yang besar dan sejumlah besar kapal.”

TERUSAN PINGLU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KOMUNITI CHINA-ASEAN YANG LEBIH DEKAT BAGI MASA DEPAN YANG SAMA

No comments:

Post a Comment