Monday, November 7, 2022

"MITSUKOSHI BGC," KEMUDAHAN KOMERSIAL OLEH ISETAN MITSUKOSHI HOLDINGS DENGAN NOMURA REAL ESTATE DEVELOPMENT, BERSEDIA UNTUK PRA PEMBUKAAN DI MANILA, FILIPINA PADA 18 NOVEMBER

 

AsiaNet 98589

TOKYO, 7 Nov., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- MITSUKOSHI Tiba di Filipina buat Kali Pertama di bawah Projek Pembangunan Guna Campur Berskala Besar –
 
Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. dan Nomura Real Estate Development Co., Ltd., kedua-duanya beribu pejabat di Tokyo, mengumumkan pada 4 November bahawa mereka telah menetapkan pra pembukaan bagi "MITSUKOSHI BGC" pada Jumaat, 18 November, 2022. Kemudahan komersial ini adalah sebahagian daripada sebuah projek pembangunan kediaman dan komersial guna campur berskala besar yang sedang dijalankan dengan kerjasama pemaju terkemuka Filipina, Federal Land Incorporated yang berpangkalan di Makati. Satu pembukaan besar-besaran dijadualkan pada suku pertama 2023.
 
Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210208464/_prw_PI1fl_1aqkVa1u.jpg
 
 
Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210208464/_prw_PI2fl_4v74CU1O.png
 
 
Imej 3:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210208464/_prw_PI3fl_K12m3g5D.jpg
 
 
Berdasarkan kepada konsep "GAYA HIDUP MANILA BERIKUTNYA," MITSUKOSHI BGC akan menawarkan sebuah gaya hidup baharu yang dicipta bersama oleh Jepun dan Filipina di Bonifacio Global City (BGC), Filipina. MITSUKOSHI BGC akan ditempatkan dari tingkat bawah tanah 1 hingga tingkat 3 betul-betul di bawah tingkat kediaman bagi sebuah kompleks empat menara, "The Seasons Residences." Pusat beli-belah itu akan memperkayakan kehidupan harian penduduk dan pengunjung, dengan menyediakan sebuah kemudahan di mana mereka boleh menikmati detik-detik yang istimewa.

Ini adalah projek pembangunan guna campur berskala besar yang pertama yang didasarkan kepada perkongsian bersama di antara sebuah kumpulan gedung beli-belah Jepun dan sebuah pemaju hartanah Jepun di Filipina, dan kemudahan komersial pertama yang dikendalikan oleh Kumpulan Isetan Mitsukoshi di Filipina.
 
Bonifacio Global City (BGC)
Terletak 11 km tenggara dari pusat Manila, Filipina, BGC ialah sebuah daerah pusat perniagaan yang telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia adalah sebuah kawasan baharu yang dibangunkan semula di sebuah kawasan besar bekas tapak Tentera Filipina. Kawasan itu bergema dengan satu tumpuan kemudahan komersial, hotel, pejabat, sekolah, hospital dan kemudahan lain, di mana keluarga, ramai orang kaya, dan ekspatriat dari pelbagai negara tinggal.
 
1. Gambaran Keseluruhan Kemudahan
Nama: MITSUKOSHI BGC
Alamat: 8th Avenue selekoh Jalan 36, 1630, Bonifacio Global City, Bandar Raya Taguig,
Metro Manila, Filipina
Tarikh pra pembukaan: 18 November, 2022
Tarikh pembukaan besar-besaran: Suku pertama 2023
Jumlah keluasan lantai: Kira-kira 28,000 m2 (bahagian komersial Tingkat bawah tanah 1 hingga tingkat 3)
Waktu perniagaan: 10:00 pagi - 10:00 malam
Bilangan penyewa: Anggaran 120
Syarikat pengendalian: Sunshine Fort North Bonifacio Commercial Management Corporation
 
 
- Projek pembangunan guna campur berskala besar yang pertama di Filipina oleh sebuah kumpulan gedung beli-belah Jepun dan sebuah pemaju hartanah Jepun
Projek ini adalah sebuah projek guna campur berskala besar yang membangunkan kira-kira 15,000 meter persegi tanah, membina dan mengendalikan bangunan kediaman baharu dan sebuah kemudahan komersial. Bahagian kediaman atas kompleks itu, "The Seasons Residences," adalah berupa menara kondominium yang terdiri daripada 4 bangunan -- HARU (musim bunga), NATSU (musim panas), AKI (musim luruh) dan FUYU (musim sejuk) -- dengan jumlah keseluruhan kira-kira 1,400 unit. The Seasons Residences akan dibina di tingkat 3 hingga 54 di aras paling tinggi. MITSUKOSHI BGC akan menduduki dari tingkat bawah tanah 1 hingga tingkat 3 di bahagian bawah kompleks itu.
 
- Potensi Pasaran
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210208464-O1-3RNWxIwu.pdf
 
2. Panduan Lantai
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210208464-O4-2jL90620.pdf
 
3. Luaran / Dalaman
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210208464-O2-f21Oc3s2.pdf
 
4. Persekitaran / Perkhidmatan
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210208464-O5-eFP88KvN.pdf
 
5. The Seasons Residences
Nama: The Seasons Residences
Alamat: 8th Avenue selekoh Jalan 36, 1630, Bonifacio Global City, Bandar Raya Taguig, Metro Manila, Filipina
Keluasan lot: Kira-kira 15,000 m2
Jumlah keluasan lantai: Bahagian kediaman: kira-kira 110,000 m2
Saiz: 4 bangunan (tingkat 3 hingga 54 untuk bangunan paling tinggi)
*Bahagian komersial: tingkat bawah tanah 1 hingga tingkat 3
Jumlah bilangan unit perumahan: Kira-kira 1,400
Jadual: Keseluruhan projek dijadualkan siap pada 2027
Untuk butiran, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210208464-O3-mmr7u2S3.pdf
 
 
Sumber: Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd., Nomura Real Estate Development Co., Ltd.

No comments:

Post a Comment