Wednesday, November 16, 2022

PPZ-MAIWP ANJUR KEJOHANAN BOLING GALAKAN TUNAI ZAKAT DALAM KALANGAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

 

KAPSYEN: Kejohanan Boling PPZ-MAIWP 2022 bersama Institusi Kewangan Islam diadakan di Wangsa Bowl @ IOI City Mall, Putrajaya.  

PUTRAJAYA, 14 Nov (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) menganjurkan Kejohanan Boling bersama Institusi Kewangan Islam di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya.
 
Kejohanan ini merupakan salah satu medium untuk mempromosikan dakwah zakat sambil beriadah dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.
 
Penganjuran ini juga bertujuan untuk mendedahkan kewajipan berzakat kepada syarikat-syarikat kewangan Islam di samping dapat mengeratkan hubungan antara syarikat-syarikat dan prospek pembayar zakat bersama PPZ-MAIWP.
 
Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Haji Mohd Saufiyuddin Abu Bakar berkata kejohanan ini merupakan salah satu dakwah zakat yang berkonsepkan riadah bagi mewujudkan suasana yang lebih santai.
 
Namun begitu tujuannya tetap sama iaitu untuk meningkatkan kesedaran menunaikan zakat dalam kalangan masyarakat khususnya. Pada hari ini PPZ-MAIWP mensasarkan penglibatan daripada institusi-institusi kewangan Islam.
 
“Alhamdulillah, sebanyak 11 institusi kewangan Islam yang terdiri daripada Perbankan Islam, Takaful dan Broker Saham Patuh Syariah menyambut baik kejohanan ini antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas, MIDF dan banyak lagi”, katanya. 
 
Kejohanan boling itu menyaksikan pasukan dari Bank Islam Malaysia Berhad merangkul juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi. Sementara, naib juara dan tempat ketiga dimenangi pasukan dari PPZ-MAIWP dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM800 dan RM600 beserta trofi, Turut diadakan cabutan untuk 15 peserta yang bertuah.
 
Semoga dengan penganjuran kejohanan boling ini dapat mengeratkan lagi sinergi antara PPZ-MAIWP dan syarikat pembayar zakat agar dapat menjadi medium hebahan zakat yang lebih meluas. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16507

No comments:

Post a Comment