Monday, November 21, 2022

TUSK INNOVATION MENGUMUMKAN PRODUK BAHARU UNTUK BLACK FRIDAY




KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Tusk Inc. Limited (www.tusklimited.com) syarikat yang bermula pada tahun 2012 sebagai syarikat pengurusan modal di Kuala Lumpur bersama pejabat di seluruh dunia dan kini merupakan satu daripada syarikat penyelesaian elektrik terkemuka yang menumpukan kepada pengeluaran untuk pengguna kelengkapan perlombongan, tenaga solar dan penyesuai mengumumkan produk baharu untuk Black Friday. Barisan Produk terutamanya untuk tujuan penggunaan elektrik. Lihat maklumat lanjut di sini https://tusklimited.com/products

Sebagai satu daripada syarikat peneraju penyelesaian Elektrik, Tusk Innovation telah mengumumkan 30% diskaun untuk Black Friday bagi pilihan kombo kelengkapan perlombongan, yang menggabungkan panel solar dengan pelombong bitcoin. Tusk Innovation membuat tawaran ini bagi membolehkan perlombongan tidak terganggu tanpa penyambungan kepada mana-mana tenaga elektrik yang ketara, kerana ini telah menjadi isu utama dalam industri perlombongan bitcoin.

Tusk Innovation telah menguji kecekapan dengan menggabungkan produk solar bersama pelombong mata wang kripto dari masa ke masa dan ini telah terbukti paling berkesan dengan tindakan terkini syarikat melalui pertukaran penggunaan bahan polihabluran kepada fotovoltaik. Kini, pelabur Tusk Innovation boleh dengan mudah, melombong bitcoin tanpa gangguan, risiko yang lebih rendah dan keuntungan maksimum.

Ini ialah usaha bagi mengurangkan jumlah tenaga elektrik yang digunakan apabila pelanggan melombong mata wang kripto dan perkara ini telah didedahkan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), John Walls, pada minggu lepas. Menurut Walls, "Laporan yang tersebar di sekeliling menunjukkan bahawa kuantiti tenaga elektrik yang diperlukan oleh pelombong mungkin terlalu besar untuk dikendalikan, oleh itu kami memperoleh pilihan yang munasabah."

Keuntungan Perlombongan

Walaupun perniagaan ini cukup mengagumkan dan sangat menguntungkan bagi ramai individu menubuhkan ladang perlombongan mata wang kripto, spekulasi sudah tersebar luas bahawa pelombong mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi, terutamanya dari segi penggunaan tenaga elektrik. Apabila memberikan anda Panel Solar yang tidak disambungkan kepada bil elektrik anda dan peranti perlombongan bitcoin yang boleh melaksanakan tugas dwi-perlombongan, ​​Tusk Inc telah mencipta penyelesaian yang bertahan lama. Anda boleh dengan mudah melombong bitcoin anda dan tidak peduli tentang ketidaktentuan pasaran.

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia dan United Kingdom, Tusk Inc telah memberikan keunikan berbanding yang lain, apabila pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pembangunan dompet kripto serta unit pemprosesan grafik daripada syarikat itu, yang mempunyai pejabat di tiga benua. Syarikat ini juga mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan Blok Rantai dan penyelesaian perlombongan bitcoin, antara bidang lain.

Maklumat Tentang Tusk

Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh pasukan pakar pengurusan dan kemudiannya disertai oleh pasukan pakar teknologi, Tusk Inc kini merupakan satu daripada penyedia penyelesaian elektrik yang terkemuka. Syarikat ini juga berbangga dengan keupayaan menguruskan risiko dengan berkesan, kerana ia mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan menguruskan risiko lebih daripada sedekad. Serta melalui beberapa kemajuan dalam teknologi, syarikat ini telah memasukkan usaha niaga yang kurang berisiko ke dalam sistem Pengurusan Risiko, satu daripadanya ialah perlombongan mata wang kripto dengan menggunakan bahan fotovoltaik. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16532

No comments:

Post a Comment