Friday, November 25, 2022

TOSHIBA MERUPAKAN PEMENANG DI ANUGERAH PENCAPAIAN ELEKTRONIK DUNIA ASPENCORE

Toshiba merupakan Pemenang di Anugerah Pencapaian Elektronik Dunia Aspencore (Gambar: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perbadanan Peranti & Penyimpanan Toshiba (Shanghai) Sdn. Bhd., anak syarikat  Perbadanan Peranti & Penyimpanan Elektronik Toshiba  (“Toshiba”) yang berpangkalan di Shanghai, merupakan pemenang kategori “Semikonduktor/Pemandu Kuasa Tahunan” dalam Anugerah Pencapaian Elektronik Dunia (WEAA) untuk tahun 2022. Perbadanan Peranti & Penyimpanan Toshiba (Shanghai) Sdn. Bhd. berada di majlis yang diadakan di Shenzhen, China pada 10 November 2022 untuk menerima anugerah itu.

AspenCore yang berpangkalan di AS merupakan salah satu kumpulan media teknologi terkemuka di dunia dan setiap tahun WEAA yang dipandang tinggi mengiktiraf syarikat dan individu yang melakukan sumbangan yang menonjol terhadap pembaharuan dan memajukan industri elektronik. Pada tahun ini, MOSFET XPQR3004PB Toshiba, iaitu transistor kesan medan semikonduktor logam oksida voltan rendah yang strategik, menerima anugerah untuk “Semikonduktor/Pemandu Kuasa Tahunan.”

Tsutomu Nomura, Presiden Perbadanan Peranti & Penyimpanan Toshiba (Shanghai) Sdn. Bhd. berkata, “Kami berbesar hati untuk diiktiraf oleh WEAA yang berprestij. Tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut salah satu produk kami menerima anugerah. Toshiba bertekad untuk terus memimpin jalan dalam menyediakan elektronik kuasa kepada industri automotif dan sektor lain yang dapat menambah baik kecekapan operasi kelengkapan dan meningkatkan keadaan neutral karbon.”

Dilancarkan dalam tahun fiskal, XPQR3004PB merupakan saluran N, MOSFET voltan rendah 40V untuk aplikasi automotif. XPQR3004PB sesuai untuk suis bateri dalam kenderaan yang mesra alam sekitar dan motor bantuan pemanduan dalam hibrid ringan. XPQR3004PB ialah acuan UMOS IX yang paling maju dan dikepitkan pada pakej L-TOGL™. AspenCore mencatat arus tinggi, keupayaan pelesapan haba tinggi dan kebolehpercayaannya yang tinggi.

Pada masa akan datang, Toshiba akan meningkatkan daya saingnya dalam perniagaan semikonduktor kuasa dengan menawarkan produk dengan keupayaan penyimpanan tenaga yang tinggi dan menyumbang kepada masyarakat bertenaga rendah dan keadaan neutral karbon.

* TOGL™ ialah tanda dagangan Perbadanan Peranti & Penyimpanan Elektronik Toshiba.
* Nama syarikat, produk dan perkhidmatan lain boleh menjadi tanda dagangan syarikat mereka tersendiri.
* Maklumat dalam dokumen ini termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan adalah semasa pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.

No comments:

Post a Comment