Thursday, November 3, 2022

EDITH COWAN UNIVERSITY MEMPERHALUS PENGALAMAN PEMBELAJARAN DIGITAL BERSAMA BOOMI




• 
Boomi membantu universiti Australia Barat yang terkemuka membuat data lebih mudah diakses untuk pengalaman dalam talian kakitangan dan pelajar yang lebih baik, sambil mencipta kecekapan dalam jabatan teknologi
• Edith Cowan University menyertai universiti terkemuka lain di seluruh dunia dalam memilih platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) peneraju kategori dan pemenang Gold Globee Award® Boomi untuk mencapai hasil perniagaan yang lebih baik

CHESTERBROOK, Pa., 2 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa Edith Cowan University (ECU) telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere™ dengan tujuan mencipta rangka kerja digital yang menggalakkan akses dan perkongsian data di seluruh universiti untuk keterlibatan dalam talian kakitangan dan pelajar yang dipertingkatkan.

Terletak di Australia Barat, Edith Cowan University menyokong lebih daripada 30,000 pelajar prasiswazah dan pascasiswazah, serta berjanji melengkapkan graduan yang sedia bekerja dengan pengalaman pembelajaran yang memperkaya. Bagi mengukuhkan janji ini, pihak universiti berusaha memastikan kakitangan dan pelajar boleh mengakses maklumat yang betul, pada masa yang sesuai melalui pelbagai platform pelajar yang tersedia secara andal.

“Kami menyimpan bilangan data penting yang besar merentas tindanan aplikasi kami, yang diakses dan digunakan oleh kakitangan dan pelajar sepanjang hari persekolahan untuk mendapatkan wawasan dan sokongan keputusan,” kata Vito Forte, Ketua Pegawai Maklumat (CIO), ECU. “Pemilikan alatan yang sesuai seperti platform Boomi membantu memastikan bahawa maklumat adalah tepat dan boleh dipercayai, yang kritikal untuk keberkesanan aplikasi awan berasaskan IaaS kami, serta pelbagai aplikasi SaaS yang kami jalankan.”

Sebelum ini, ECU bergantung pada integrasi guna sekali, titik ke titik dengan menggunakan pelbagai teknologi, pendekatan yang tidak lagi boleh dilaksanakan. Bagi memodenkan integrasi sistem perniagaan serta melanjutkan seni bina rujukan integrasi dan proses pembangunan, pihak universiti telah memilih iPaaS natif awan dan kod rendah Boomi untuk membantu menghubungkan dan mengatur lebih banyak data dalam masa yang lebih singkat.

Pihak universiti memanfaatkan Platform Boomi AtomSphere untuk membina keupayaan integrasi disatukan yang menyokong corak dan standard reka bentuk boleh guna semula, dibantu oleh seni bina rujukan integrasi universiti. Ini dapat memastikan pendekatan reka bentuk penyelesaian yang konsisten dan menggalakkan gandingan yang minimum, penggunaan semula perkhidmatan yang tinggi dan peningkatan kebolehskalaan. Projek ECU melibatkan penghubungan sistem pengurusan perhubungan pelanggan Salesforce, sistem pengurusan pembelajaran, sistem pengurusan pelajar dan sistem pengurusan Sumber Manusia (HR), serta Azure Event Hub dan Azure Data Explorer bagi menyokong analisis bahagian belakang untuk pengelogan, penyahpepijatan dan pemantauan penggunaan perkhidmatan integrasi kakitangan IT. Boomi juga menyokong analisis dan pelaporan ECU tentang pengurusan pelajar kepada sistem supaya universiti boleh sentiasa menilai keterlibatan dalam talian.

Di samping itu, iPaaS peneraju kategori ini telah membantu mempercepat usaha pembangunan di dalam bilik IT, membolehkan pelancaran perkhidmatan dan aplikasi baharu direalisasikan dalam masa beberapa minggu dan bukannya beberapa bulan. Seni bina aplikasi fleksibel Boomi telah menjimatkan overhed pembangunan dan penyelenggaraan platform yang ketara, membolehkan ECU menumpukan kepada seni bina rujukan, termasuk memperkenalkan ketekalan data, baris gilir mesej, pengurusan API dan keselamatan.

“Universiti Australia diiktiraf secara sah atas kepimpinan teknologi masing-masing dan sebahagian besar daripada universiti tersebut berada pada tahap penting dalam keupayaan menyediakan pengalaman dan kurikulum yang disesuaikan kepada pelajar,” kata Nathan Gower, Pengarah, Australia dan New Zealand (ANZ) di Boomi. “Dalam dunia pembelajaran hibrid dan kampus digital, peluang bagi inovasi terlalu banyak dan ECU memanfaatkan data untuk mendapatkan hasil pelajar dan guru yang lebih baik. Pelajar natif digital tidak harus perlu meneliti sumber yang berbeza untuk mencari perkara yang diperlukan – maklumat mesti tepat dan tersedia, memberikan gambaran sepenuhnya dalam talian. ECU merekayasa lebih banyak laluan pembelajaran yang diperibadikan dengan menggunakan Platform Boomi AtomSphere bagi memastikan akses kepada data yang tepat pada masanya, lancar dan boleh dipercayai, tanpa menyukarkan pasukan IT dengan kesulitan yang timbul daripada kitaran pembangunan tradisional.”

Boomi telah ditempatkan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Integrasi Perusahaan sebagai Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai syarikat global yang berkembang maju dalam bidang perisian sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi mempunyai komuniti pengguna yang semakin bertambah dengan lebih daripada 100,000 ahli dan satu daripada tatasusunan terbesar pengintegrasi sistem global (GSI) dalam bidang iPaaS. Syarikat tersebut mempunyai rangkaian di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 800 rakan niaga, termasuk Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperpenskala yang terbesar, Amazon Web Services, Google dan Microsoft, antara lain. Baru-baru ini, syarikat tersebut menerima Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) dan telah memperoleh penilaian 5 bintang yang berprestij dalam Panduan Program Rakan Niaga CRN, senarai muktamad program rakan niaga yang paling penting daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan fleksibel melalui saluran IT. Platform Boomi AtomSphere membantu organisasi menghubungkan aplikasi data, memperkemas aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih berintegrasi merentas semua industri.

Sumber Tambahan
• Ketahui lebih lanjut tentang Platform Boomi AtomSphere
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Penafian Gartner:

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau syarikat gabungan di Amerika Syarikat dan pada peringkat antarabangsa, serta digunakan di sini dengan keizinan. Hak cipta terpelihara. Perhatian: Boomi telah dikenali sebagai Dell Boomi dari tahun 2014 hingga 2019.

Maklumat Tentang Boomi

Boomi bertujuan menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segala-galanya, di mana-mana jua. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini syarikat global perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) peneraju kategori, Boomi mempunyai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dengan rangkaian di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemukan, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, Boomiverse dan AtomSphere ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52954143/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16474

No comments:

Post a Comment