Wednesday, November 23, 2022

QUANTEXA MELANCARKAN TAPAK KOMUNITI GLOBAL BAGI MEMPERCEPATKAN PENGAMBILAN DAN PENGERAHAN PENYELESAIAN KEPINTARAN KEPUTUSAN

Komuniti akan memudahkan akses langsung kepada pakar bidang, forum perbincangan dan sumber sokongan Quantexa

LONDON, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Quantexa, peneraju global dalam penyelesaian Kepintaran Keputusan (DI) untuk sekor swasta dan awam melancarkan tapak komuniti global dalam talian baharu. Tapak tersebut bakal menjadi hab bagi ahli pasukan, pelanggan dan rakan kongsi Quantexa untuk bekerjasama, mencari maklumat dan berkongsi pengetahuan tentang Platform Kepintaran Keputusan dan penyelesaian Quantexa.

Komuniti tersebut akan menyediakan tempat untuk bekerjasama dalam topik termasuk amalan terbaik dan perbincangan teknikal, termasuk forum kumpulan dengan akses kepada:

· Panduan amalan terbaik teknikal, kisah kejayaan dan kandungan dijana pengguna.
· Latihan disesuaikan dan laluan kelayakan yang dibina oleh pakar bidang Quantexa.
· Peluang untuk memberikan maklum balas penyelesaian dan permintaan ciri terus kepada Quantexa.

QUANTEXA MELANCARKAN TAPAK KOMUNITI GLOBAL BAGI MEMPERCEPATKAN PENGAMBILAN DAN PENGERAHAN PENYELESAIAN KEPINTARAN KEPUTUSAN

No comments:

Post a Comment