Thursday, November 17, 2022

MEDIDATA MELANCARKAN RAVE COMPANION, PENYELESAIAN BOLEH SKALA YANG PERTAMA UNTUK MENGAUTOMASIKAN KEMASUKAN DATA EHR KE RAVE EDC

 Rave Companion Memodenkan Pengalaman Pengguna EDC, Mengelakkan Beribu-ribu Ralat yang berpotensi untuk Tapak Percubaan Klinikal dan Pengurus-Pengurus Data

 
• Rave Companion dapat meningkatkan kualiti data dengan mengurangkan penaipan dan boleh mengurangkan kos pemantauan kerana sumber data dapat diimport dari EHR ke Rave EDC. Ini dapat membantu mengurangkan ralat-ralat. 
• Penyelesaiannya adalah antara tapak sistem EHR dan Rave EDC, serta penyelesaian data penjagaan kesihatan yang lain di mana rekod perubatan pesakit akan terus ditunjukkan di Rave EDC.

NEW YORK, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, sebuah syarikat Dassault Systèmes telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan Rave Companion yang inovatif, boleh skala, merupakan teknologi paten sementara yang menunggu yang dapat membantu tapak percubaan klinikal untuk menjimatkan masa dan mengurangkan ralat-ralat dalam memindahkan data EHR (rekod kesihatan elektronik) ke sistem Rave EDC (tangkapan data elektronik). Rave Companion akan mengatasi cabaran kemasukan data pendua yang telah wujud lama dalam industry ini dengan mendayakan data berstruktur dan data tidak berstruktur daripada sebarang rekod kesihatan elektronik untuk digunakan secara langsung oleh Rave EDC tanpa prosedur yang rumit.

"Bilangan titik-titik data yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada percubaan klinikal telah bertambah dengan pesat dan tapak klinikal sedang mencari penyelesaian yang boleh skala dan mudah digunakan untuk menyambung kepada EHR mereka dan untuk mengurangkan kemasukan data," kata Dan Braga, Naib Presiden Penyelesaian EHR dan Penjagaan Kesihatan di Medidata. "Rave Companion merupakan penyelesaian yang elegan yang dapat membantu tapak klinikal menggunakan data yang sedia ada daripada mana-mana sistem EHR dan bukannya memasukkan data-data semula ke dalam pangkalan data untuk tujuan ujian klinikal."

Medidata telah menjalankan lebih daripada 29,000 percubaan dengan lebih daripada 1.5 juta Profesional Sains Kehidupan di seluruh dunia untuk menggunakan platform industri yang terkemukanya. Rave Companion telah direka bentuk secara khusus untuk menyediakan fungsi kreatif bagi data yang tidak berstruktur, serta keupayaan penyepaduan EHR yang canggih untuk tapak klinikal yang disambungkan ke rangkaian tapak penyelidikan Medidata yang luas dan berkembang pesat. Rave Companion berfungsi dengan mencerminkan skema eCRF Rave dalam peralatan "companion" yang terpapar di atas skrin dan mengikuti pengguna tapak klinikal semasa mereka menavigasi pelbagai sistem rekod yang diperlukan untuk menyumbang kepada pangkalan data penyelidikan.

Untuk data tidak berstruktur atau untuk tapak klinikal yang belum disambungkan ke rangkaian Medidata, Rave Companion akan menghapuskan amalan kemasukan data berulangan dan membenarkan pengguna menikmati pengalaman Rave EDC semasa melayari ke EHR mereka atau sistem klinikal yang lain untuk mencari data pesakit yang sesuai. Pengguna hanya perlu mengklik pada nilai yang sedia ada dan data akan diisikan secara automatik oleh eCRF.

Pada tahun yang akan datang, Rave Companion juga akan memasukkan pembentangan data EHR secara langsung dalam penyelesaiannya. Ini bermakna pengguna tidak perlu meninggalkan Rave EDC untuk melengkapkan eCRF. Semua tugasan boleh dilengkapkan di satu tempat.

Medidata akan memperkenalkan Rave Companion di NEXT New York pada November 15-16. NEXT New York ialah majlis sains kehidupan utama yang dianjurkan oleh Medidata. Peserta-peserta akan mempelajari cara-cara Medidata menangani cabaran kemasukan data dalam sesi bertajuk, "Menyelesaikan Cabaran Kemasukan Data dari EHR ke EDC: Perspektif, Pendekatan dan Teknologi yang baharu". Sesi ini akan disampaikan oleh Gene Vinson, Pengarah Eksekutif, Pengurusan Vendor Klinikal di Syneos Health, Dan Braga yang mewakili Medidata serta Samir Jain, Pengarah Kanan dari EHR Solutions.

Medidata merupakan anak syarikat milik penuh Dassault Systèmes. Platform 3DEXPERIENCE yang dibangunkan di Medidata bertujuan untuk menerajui transformasi digital sains kehidupan dalam era perubatan yang diperibadikan dengan platform saintifik- komersil hujung ke hujung yang pertama dan menyambungkan penyelidikan kepada pemerdagangan.

Mengenai Medidata

Medidata sedang mengetuai transformasi digital sains kehidupan dan mewujudkan harapan untuk berjuta-juta pesakit. Medidata membantu menjana bukti dan cerapan untuk membantu syarikat farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan diagnostik serta para penyelidik akademik untuk menambah nilai secara lebih laju. 2,000+ pelanggan dan rakan kongsi kami dapat mengakses platform paling dipercayai di dunia untuk tujuan pembangunan klinikal, komersial dan data dunia sebenar. Ibu pejabat Medidata, iaitu sebuah anak syarikat Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA) terletak di New York City dan ia mempunyai pejabat di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan pelanggannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.medidata.com dan ikuti kami @Medidata.

Mengenai Dassault Systèmes

Dassault Systèmes adalah sebuah Syarikat 3DEXPERIENCE yang merupakan pemangkin kemajuan manusia. Kami menyediakan persekitaran maya 3D kolaboratif bagi perniagaan dan individu-individu untuk membayangkan inovasi yang mampan. Dengan mencipta pengalaman berkembar maya di dunia nyata dengan platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami, pelanggan kami tidak lagi disekat oleh batas inovasi, pembelajaran dan pengeluaran dan dapat mencipta persekitaran yang lebih mampan untuk pesakit-pesakit, rakyat dan pengguna-pengguna. Dassault Systèmes telah mendatangkan manfaat kepada lebih daripada 300,000 pelanggan dari pelbagai kategori dalam semua industri yang bertaburan di lebih daripada 140 negara. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web www.3ds.com
 
3DEXPERIENCE, the Compass icon, the 3DS logo, CATIA, BIOVIA, GEOVIA, SOLIDWORKS, 3DVIA, ENOVIA, NETVIBES, MEDIDATA, CENTRIC PLM, 3DEXCITE, SIMULIA, DELMIA, dan IFWE adalah cap dagangan komersial atau cap dagangan berdaftar Dassault Systèmes, Perancis Systès a French “société européenne” (Versailles Commercial Register # B 322 306 440) atau anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi Kami
 
Tom Paolella
Pengarah Kanan, Komunikasi & Hal Ehwal Korporat
+1-848-203-7596
thomas.paolella@3ds.com

Paul Oestreicher
Pengarah Komunikasi Luaran
+1-917-522-4692
paul.oestreicher@3ds.com
 
Source: Medidata

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16522

No comments:

Post a Comment