Wednesday, August 30, 2023

GRADIANT MELANCARKAN TURING, PENYEDIA PENYELESAIAN DIGITAL MENYELURUH BEBAS UNTUK INDUSTRI AIR

 

Turing akan menumpukan kepada penggunaan platform berkuasa AI (yang termasuk SmartOps untuk loji rawatan dan HydroEye untuk rangkaian pengagihan) bertujuan memberikan nilai transformatif dan kecekapan operasi yang lebih baik untuk pelanggan. (Grafik: Business Wire)

Turing akan memberikan penyelesaian AI dan IoT merentasi sistem rawatan, serta pengagihan air dan air buangan.

BOSTON, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah mewujudkan perniagaan teknologi digital dan AI kepada anak syarikat bebas milik penuh, yang dikenali sebagai Turing.

Dinamakan sempena perintis AI, Alan Turing, entiti baharu ini menyasarkan untuk memacu penjimatan kos yang besar dan hasil kelestarian merentasi keseluruhan rantaian nilai air.

Pelancaran Turing menggariskan peralihan pasaran ke arah penyelesaian yang dipacu AI dalam industri air dan ini menjadi komitmen Gradiant untuk mempercepat peralihan ini. Turing akan menumpukan kepada penggunaan platform berkuasa AI (yang termasuk SmartOps untuk loji rawatan dan HydroEye untuk rangkaian pengagihan) bertujuan memberikan nilai transformatif dan kecekapan operasi yang lebih baik untuk pelanggan.

Platform Turing telah berjaya mencapai penggunaan ketara oleh pelanggan, termasuk syarikat Fortune 100 dan kemudahan awam yang besar:

· Memberikan penyelesaian kepada Aqualia, BHP, ENGIE, PUB Singapore, Rio Tinto, Severn Trent, Detectronic dan Xylem.
· Membantu PUB Singapore memantau rangkaian air buangan dari jauh untuk menjimatkan berjuta-juta dolar dengan mencegah banyak limpahan pembetung daripada berlaku, mengesan kejadian peristiwa pembuangan haram melalui pemantauan masa nyata untuk kualiti air dan mencegah kerosakan kepada paip dan terowong pembetung bawah tanah
· Berjaya memperoleh penjimatan ratusan ribu dolar di loji ENGIE, Timur Tengah
· Menghasilkan lebih daripada 10% penjimatan tenaga untuk projek penyahgaraman air laut di Australia

“Setelah menyaksikan kuasa transformatif teknologi digital dan penyelesaian AI menangani cabaran global, kami menyedari bahawa beberapa isu adalah sama pentingnya dengan memastikan air tawar untuk generasi kami yang akan datang,” kata Anurag Bajpayee, Ketua Pegawai Eksekutif Gradiant. “Kedua-dua, Gradiant dan Turing akan mempunyai kuasa untuk berkembang dengan menguruskan sumber secara berasingan bertujuan membangunkan dan menggunakan teknologi termaju dalam pasaran masing-masing. Dengan langkah ini, kami berada pada kedudukan yang bertambah unik bagi memenuhi keperluan dinamik pelanggan kami.”
 
“Turing akan memberikan tumpuan kepada visi untuk menskalakan dan menggunakan platform berbeza bagi penyelesaian digital yang dikuasakan AI untuk pelanggan air industri dan perbandaran di seluruh dunia,” kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. “Beroperasi secara berasingan akan membolehkan syarikat memanfaatkan kekuatan masing-masing – kepakaran Gradiant dalam rawatan air dan air buangan, serta pelaksanaan projek, manakala kepakaran Turing pula ialah dalam AI dan penyelesaian digital merentasi keseluruhan rantaian nilai air. Hiep Le, Ketua Pegawai Teknologi berwawasan kami, akan terus menerajui kemajuan teknologi digital kami bersama-sama dengan pasukan eksekutif yang berpengalaman.”

Pengumuman ini adalah berikutan berita baru-baru ini berkaitan perniagaan teknologi digital Gradiant mengenai perkongsian strategik Synauta untuk algoritma AI pembelajaran mesin proprietari dan SpaceAge Labs untuk kepakaran dalam rangkaian dan aset pengagihan air.

Maklumat Tentang Gradiant

Gradiant ialah penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan. Bersama rangkaian lengkap penyelesaian menyeluruh yang berbeza dan proprietari, dikuasakan oleh individu terkemuka dalam bidang air, syarikat menjalankan operasi kritikal misi pelanggan dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, serta tenaga boleh baharu. Tindanan teknologi penuh Gradiant mengurangkan air yang digunakan dan air buangan yang dikeluarkan, mendapatkan semula sumber berharga dan memperbaharui air buangan kepada air tawar. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 900 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Maklumat Tentang Turing

Turing ialah penyedia penyelesaian digital yang memanfaatkan kuasa AI untuk mengoptimumkan prestasi aset merentasi keseluruhan rantaian nilai air. Dinamakan sempena bapa AI, Alan Turing, syarikat itu merevolusikan cara pelanggan menguruskan air masing-masing melalui teknologi AI dan IoT. Turing memberikan penyelesaian menyeluruh proprietari untuk rawatan air dan air buangan, serta sistem pengagihan air dan air sisa untuk pelanggan air perindustrian dan perbandaran di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan teknologi proprietari, Turing memperkasa pelanggan untuk mengurangkan kos operasi, meminimumkan masa henti penyelenggaraan dan mencapai prestasi sistem yang tiada tandingannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi theturingcompany.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53532835/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Meghan Moore
Turing, Pengarah Pemasaran
moore@gradiant.com
 
Sumber: Gradiant

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment