Monday, August 14, 2023

INGREDION INCORPORATED LAPORKAN KEPUTUSAN SUKU KEDUA YANG KUKUH DAN TINGKATKAN UNJURAN SETAHUN PENUH

 · Pendapatan dilaporkan dan operasi yang terlaras* suku kedua tahun 2023, masing-masing meningkat 18% dan 17%, berbanding PY

· EPS* yang dilaporkan dan terlaras bagi suku tahun kedua tahun 2023 ialah $2.42 dan $2.32, peningkatan 14% dan 9%, masing-masing
· Syarikat menaikkan unjuran EPS terlaras tahun penuhnya untuk berada antara julat $8.80-$9.40, meningkat daripada $8.70-$9.40

WESTCHESTER, Ill., 14 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), pembekal global terkemuka bagi penyelesaian industri pembuatan makanan dan minuman, hari ini melaporkan keputusan untuk suku kedua 2023. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. untuk suku kedua tahun 2023 dan 2022, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Sekali lagi, pasukan kami menunjukkan kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan dinamik pasaran yang berubah-ubah sambil terus memacu pertumbuhan keuntungan yang kukuh,” kata Jim Zallie, Presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Kelincahan pasukan menyesuaikan pengeluaran kami kepada peralihan yang dijangkakan dalam permintaan pelanggan membawa kepada pertumbuhan keuntungan yang teguh dan tunai yang lebih besar berbanding operasi. Prestasi kami pada suku ini menunjukkan lagi nilai portfolio ramuan terpelbagai kami apabila kekuatan Amerika Utara dalam bahan teras dan kekuatan kepakaran EMEA membawa kepada rekod jualan bersih suku kedua.”

“Pertumbuhan jualan bersih bahan khusus didorong oleh harga dan campuran pelanggan. Secara keseluruhannya, ramuan khusus Ingredion menerajui jumlah pertumbuhan jualan bersih Syarikat, yang mencerminkan permintaan berterusan untuk bahan-bahan yang sihat dan semula jadi, seperti penyelesaian untuk membolehkan pengurangan gula. Pemanis semula jadi berintensiti tinggi kami yang lain daripada yang lain untuk produk rendah atau tanpa kalori terus diiktiraf kerana kemanisan dan profil perisanya yang tidak berubah. Jumlah dagangan terus dipengaruhi oleh pengimbangan semula inventori sepanjang rantaian bekalan makanan dan perubahan dalam tingkah laku perbelanjaan pengguna."

“Unjuran setahun penuh kami yang dikemas kini mencerminkan keyakinan kami untuk terus menghasilkan pertumbuhan yang menguntungkan tahun ini dan melaksanakan Memacu Pelan Hala Tuju Pertumbuhan kami, mewujudkan nilai jangka panjang untuk para pemegang saham,” jelas Zallie.
 
*Perolehan per syer dicair terlaras (“EPS terlaras”), pendapatan operasi terlaras, kadar cukai pendapatan berkesan terlaras dan syer biasa tertunggak purata wajaran tercair dan terlaras adalah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat bahagian II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP yang secara langsung paling sebanding.

Diluted Earnings Per Share (EPS)

Sorotan Kewangan

· Pada 30 Jun 2023, jumlah hutang dan wang tunai, termasuk pelaburan jangka masa pendek masing-masing $2.5 bilion dan $263 juta berbanding dengan masing-masing $2.5 bilion dan $239 juta pada 31 Disember 2022.
· Kos pembiayaan bersih yang dilaporkan bagi suku kedua adalah $30 juta berbanding $17 juta pada tahun lalu.
· Kadar cukai berkesan yang dilaporkan dan terlaras yang bagi suku tersebut ialah 25.1% dan 28.3%, masing-masing, bagi tempoh tersebut, berbanding 26.0% dan 26.8%, masing-masing, dalam tempoh tahun lalu. Penurunan kadar cukai berkesan yang dilaporkan didorong terutamanya oleh nilai peso Mexico berbanding dolar A.S. dalam tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2023. Penurunan itu sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan dalam kadar Cukai Super Pakistan.
· Perbelanjaan modal, bersih ialah $153 juta, meningkat sebanyak $16 juta daripada tempoh tahun lalu.

Business Review

Jualan Bersih

· Jualan bersih suku kedua dan tahun sehingga kini meningkat daripada tempoh tahun lalu masing-masing 1% dan 7%. Kenaikan itu didorong oleh harga dan juga campuran produk, sebahagiannya diimbangi oleh penurunan volum, termasuk pengurusan campuran pelanggan yang aktif, serta impak tukaran asing. Tidak termasuk impak pertukaran asing, jualan bersih meningkat 4% dan 10%, masing-masing, untuk suku tahun dan tahun setakat ini.

Pendapatan Operasi

· Pendapatan operasi yang dilaporkan dan terselaras pada suku kedua ialah $251 juta, masing-masing meningkat sebanyak 18% dan 17%, berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan itu didorong oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh kos bahan mentah dan input yang lebih tinggi serta volum yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan diselaraskan masing-masing meningkat sebanyak 21% dan 20%, dari tempoh yang sama tahun lepas.

· Pendapatan operasi yang dilaporkan dan terlaras tahun sehingga kini ialah $542 juta dan $547 juta, masing-masing, peningkatan sebanyak 28% bagi setiap satu berbanding tempoh tahun lalu. Peningkatan dalam pendapatan operasi yang dilaporkan dan terlaras adalah disebabkan oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh kos bahan mentah dan input yang lebih tinggi serta volum yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran asing, pendapatan operasi yang dilaporkan dan terlaras masing-masing meningkat sebanyak 33% dan 32%, dari tempoh yang sama tahun lepas.

North America

· Pendapatan operasi suku kedua untuk Amerika Utara ialah $197 juta, peningkatan $36 juta dari tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun sehingga kini ialah $404 juta, peningkatan $87 juta dari tempoh tahun lalu. Peningkatan bagi kedua-dua tempoh didorong oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh kos input yang lebih tinggi dan volum yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 23% dan 28%, masing-masing, untuk suku kedua dan tahun setakat ini.

South America

· Pendapatan operasi suku kedua untuk Amerika Selatan ialah $23 juta, penurunan $16 juta dari tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun sehingga kini ialah $64 juta, penurunan $13 juta dari tempoh tahun lalu. Penurunan dalam kedua-dua tempoh didorong terutamanya oleh volum yang lebih rendah dan kos input yang lebih tinggi, serta kesan buruk pertukaran asing dalam hasil usaha sama Argentina. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen -38% dan -10%, masing-masing, untuk suku kedua dan tahun setakat ini.

Asia-Pacific

· Pendapatan operasi suku kedua untuk Amerika Pasifik ialah $27 juta, peningkatan $6 juta dari tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun sehingga kini ialah $55 juta, peningkatan $12 juta dari tempoh tahun lalu. Perubahan dalam kedua-dua tempoh didorong oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh volum yang lebih rendah. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 33% untuk kedua-dua suku dan tahun setakat ini.

Europe, Middle East, and Africa (EMEA)

· Pendapatan operasi suku kedua untuk EMEA ialah $42 juta, peningkatan $13 juta dari tempoh tahun lalu, dan pendapatan operasi tahun sehingga kini ialah $99 juta, peningkatan $39 juta dari tempoh tahun lalu. Perubahan itu didorong oleh campuran harga yang menggalakkan, sebahagiannya diimbangi oleh volum yang lebih rendah, kos input yang lebih tinggi dan impak pertukaran asing. Tidak termasuk kesan pertukaran wang asing, pendapatan operasi segmen meningkat 59% dan 80%, masing-masing, untuk suku kedua dan tahun setakat ini.

Dividen dan Pembelian Semula Syer
Pada separuh pertama 2023, Syarikat membayar dividen sebanyak $95 juta kepada para pemegang saham dan mengumumkan dividen suku tahunan sebanyak $0.71 sesaham yang telah dibayar pada 25 Julai 2023. Ingredion menganggap pulangan nilai kepada pemegang saham melalui dividen tunai dan pembelian balik saham sebagai sebahagian daripada strategi peruntukan modalnya untuk menyokong jumlah pulangan pemegang saham.

Unjuran Tahun Penuh Suku Ketiga dan Dikemas Kini bagi Tahun 2023
Bagi suku ketiga tahun 2023, Syarikat menjangkakan pertumbuhan jualan bersih akan meningkat pada pertengahan digit tunggal dan pendapatan operasi meningkat satu digit tinggi kepada dua digit rendah berbanding suku ketiga tahun 2022.

Syarikat menjangkakan unjurannya untuk tahun penuh 2023 yang dilaporkan dan EPS terlaras berada dalam julat $8.95 hingga $9.55 dan $8.80 hingga $9.40, masing-masing. Jangkaan ini tidak termasuk penyepaduan berkaitan pemerolehan dan kos penstrukturan semula serta sebarang kos kemerosotan nilai yang mungkin perlu ditanggung.

Syarikat kini menjangkakan jualan bersih tahun penuh 2023 akan meningkat digit tunggal pertengahan hingga tinggi yang mencerminkan permintaan volum yang lebih perlahan. Pendapatan operasi yang dilaporkan dan terlaras dijangka meningkat dua digit yang tinggi.

Berbanding tahun lepas, unjuran tahun penuh 2023 kini mengandaikan perkara berikut: Pendapatan operasi Amerika Utara dijangka meningkat 20% hingga 25%, dengan campuran harga terus mengatasi volum yang lebih rendah dan kos yang meningkat; Pendapatan operasi Amerika Selatan dijangka turun digit tunggal pertengahan hingga tinggi, dengan kos input yang lebih tinggi lebih daripada mengimbangi campuran harga yang menggalakkan; Pendapatan operasi Asia-Pasifik dijangka meningkat dua digit tinggi, didorong oleh campuran harga yang menggalakkan dan pertumbuhan PureCircle, sebahagiannya diimbangi oleh kos input yang lebih tinggi; dan pendapatan operasi EMEA dijangka meningkat 40% hingga 50% didorong oleh campuran harga yang menggalakkan. Kos korporat dijangka meningkat satu digit tinggi.

Untuk tahun penuh 2023, Syarikat menjangkakan kadar cukai berkesan yang dilaporkan dan terlaras masing-masing sebanyak 25.5% hingga 27.0% dan 27.0% hingga 28.5%.

Tunai daripada operasi untuk tahun penuh 2023 kini dijangka berada dalam lingkungan $600 juta hingga $700 juta. Perbelanjaan modal untuk tahun penuh dijangkakan kira-kira $300 juta.

Butiran Panggilan Persidangan dan Siaran Web
Ingredion akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Selasa, 8 Ogos 2023, jam 8 pagi Waktu Pusat/9 pagi Waktu Timur, yang dihoskan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif dan Jim Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan boleh diakses di https://ir.ingredionincorporated.com/events-and-presentationsPembentangan yang mengandungi maklumat kewangan dan operasi tambahan akan boleh diakses melalui laman web Syarikat dan tersedia untuk dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan bermula. Main semula akan tersedia untuk masa terhad di https://ir.ingredionincorporated.com/financial-information/quarterly-results.

Perihal Syarikat
Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), yang beribu pejabat di pinggir bandar Chicago, ialah penyedia penyelesaian ramuan global terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 120 negara. Dengan jualan bersih tahunan 2022 sebanyak $7.9 bilion, Syarikat memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan tumbuhan lain untuk menjadi penyelesaian bahan tambah nilai untuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan dan industri lain. Dengan pusat inovasi Idea Labs® Ingredion yang terdapat di seluruh dunia dan kira-kira 12,000 pekerja, Syarikat mencipta bersama dengan pelanggan dan memenuhi tujuannya untuk menyatukan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Layari ingredion.com untuk mendapaatkan maklumat lanjut dan berita terkini tentang Syarikat.

Pernyataan Prospektif

Siaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam pengertian Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat berhasrat agar pernyataan prospektif dilindungi oleh peruntukan pelabuhan selamat bagi pernyataan tersebut.

Penyataan prospektif termasuk, antara lain, apa-apa pernyataan mengenai jangkaan Syarikat untuk jualan bersih dan pendapatan operasi suku ketiga 2023, EPS tahun penuh 2023 dilaporkan dan terlaras, jualan bersih, pendapatan operasi yang dilaporkan dan terlaras, pendapatan operasi segmen, kos korporat, kadar cukai berkesan dilaporkan dan terlaras, tunai daripada operasi, perbelanjaan modal, dan sebarang penyata lain mengenai prospek Syarikat dan operasi masa depannya, keadaan kewangan, volum, aliran tunai, perbelanjaan atau item kewangan lain, termasuk rancangan atau strategi pengurusan dan objektif untuk mana-mana perkara di atas dan sebarang andaian, jangkaan atau kepercayaan yang mendasari mana-mana perkara di atas.

Pernyataan ini kadangkala dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan prospektif, seperti “mungkin”, “akan”, “perlu”, “menantikan”, “menganggap”, “yakin”, “merancang”, “mengunjurkan”, “menganggar”, “mengharap”, “berniat”, “terus”, “proforma”, “meramal”, “menjangka”, “mendorong”, “peluang”, “potensi”, “sementara” atau ungkapan lain yang serupa atau negatif. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah di dalamnya ialah “pernyataan prospektif”.

Pernyataan ini adalah berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang digambarkan dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.

Keputusan dan perkembangan sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan ini, berdasarkan pelbagai risiko dan ketidakpastian, termasuk kesan konflik antara Rusia dan Ukraine, termasuk kesan ke atas ketersediaan dan harga bahan mentah dan bekalan tenaga serta ketidaktentuan dalam pertukaran asing dan kadar faedah; mengubah keutamaan penggunaan yang berkaitan dengan sirap jagung fruktosa tinggi dan produk lain yang kami hasilkan; kesan keadaan ekonomi global dan keadaan politik, ekonomi, perniagaan dan pasaran umum yang mempengaruhi pelanggan dan pengguna di pelbagai wilayah geografi dan negara tempat kita membeli bahan mentah atau mengeluarkan atau menjual produk kita, dan kesan faktor ini terhadap volum jualan kami, harga produk kami dan keupayaan kami untuk mengutip belum terima kami daripada pelanggan; pembelian masa hadapan produk kami oleh industri utama yang kami berikan khidmat dan lokasi kami memperoleh sebahagian besar jualan kami, termasuk, tanpa had, makanan, minuman dan pemakanan haiwan; kesan COVID-19 pada perniagaan kami, permintaan untuk produk kami dan hasil kewangan kami; ketidakpastian penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; keupayaan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan perkhidmatan baharu pada kadar atau kualiti yang mencukupi untuk mendapat penerimaan pasaran; peningkatan persaingan dan/atau tekanan pelanggan dalam industri penapisan jagung dan industri berkaitan, termasuk berkenaan dengan pasaran dan harga untuk produk utama kami dan produk bersama kami, terutamanya minyak jagung; turun naik harga, gangguan rantaian bekalan dan kekurangan yang menjejaskan input kepada proses pengeluaran dan saluran penghantaran kami, termasuk bahan mentah, kos tenaga dan ketersediaan serta pengangkutan dan logistik, dan keupayaan kami untuk menyampaikan potensi peningkatan dalam kos jagung atau bahan mentah lain kepada pelanggan; kos dan ketersediaan tenaga, termasuk isu tenaga di Pakistan; keupayaan kami untuk membendung kos, mencapai belanjawan dan merealisasikan sinergi yang diharapkan, termasuk berkenaan dengan keupayaan kami untuk menyelesaikan projek penyelenggaraan dan pelaburan yang dirancang tepat pada masanya dan mengikut bajet serta berkenaan dengan kos pengangkutan dan penghantaran; kesukaran beroperasi di kemudahan pembuatan dan liabiliti kami yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti produk; kesan perubahan iklim dan langkah undang-undang, kawal selia dan pasaran untuk menangani perubahan iklim; keupayaan kami untuk berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan pemerolehan atau pakatan strategik dengan syarat yang menguntungkan serta keupayaan kami untuk berjaya mengintegrasikan perniagaan yang diperoleh atau melaksanakan dan mengekalkan pakatan strategik dan mencapai sinergi yang dijangkakan berkenaan dengan semua perkara di atas; risiko ekonomi, politik dan lain-lain yang wujud dalam menjalankan operasi di negara asing dan dalam mata wang asing; tingkah laku pasaran kewangan dan modal, termasuk berkenaan dengan turun naik mata wang asing, turun naik dalam kadar faedah dan pertukaran serta turun naik pasaran dan risiko berkaitan perlindungan nilai terhadap turun naik tersebut; kegagalan untuk mengekalkan hubungan buruh yang memuaskan; keupayaan kita untuk menarik, membangun, memotivasikan dan mengekalkan hubungan baik dengan tenaga kerja kita; kesan ke atas perniagaan kita akibat bencana alam, peperangan, ancaman atau tindakan keganasan, penularan atau penerusan wabak seperti COVID-19, atau berlakunya peristiwa penting lain di luar kawalan kami; kesan caj kemerosotan nilai ke atas muhibah atau aset jangka panjang kami; perubahan dalam dasar, undang-undang atau peraturan kerajaan dan kos pematuhan undang-undang, termasuk pematuhan peraturan alam sekitar; perubahan dalam kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; peningkatan dalam kos pinjaman kami yang mungkin disebabkan oleh peningkatan kadar faedah; keupayaan kami untuk mengumpul dana pada kadar yang berpatutan dan faktor lain yang mempengaruhi akses kami kepada dana yang mencukupi untuk pertumbuhan dan pengembangan masa hadapan; pelanggaran keselamatan berkenaan dengan sistem teknologi maklumat, proses dan tapak; turun naik dalam pasaran saham dan faktor lain yang boleh menjejaskan harga saham kami; risiko yang menjejaskan penerusan dasar dividen kami; dan keupayaan kami untuk mengekalkan kawalan dalaman yang berkesan ke atas pelaporan kewangan.

Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran, dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh menyimpulkan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang perkara ini dan risiko lain, lihat “Faktor-faktor Risiko” dan maklumat lain yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2022, dan dalam laporan kami yang seterusnya pada Borang 10-Q dan Borang 8-K yang difailkan dengan Jawatankuasa Pertukaran dan Keselamatan.

Ingredion Incorporated Condensed Consolidated Statements of Income (Unaudited)

Ingredion Incorporated Condensed Consolidated Balance Sheets

Ingredion Incorporated Condensed Consolidated Statements of Cash Flows (Unaudited) 

Ingredion Incorporated Supplemental Financial Information (Unaudited)

II. Maklumat Bukan GAAP

Untuk menambahkan hasil kewangan disatukan yang disediakan mengikut prinsip Perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) A.S., kami menggunakan ukuran kewangan sejarah bukan GAAP yang tidak termasuk item GAAP tertentu, seperti kos pemerolehan dan penyepaduan, kos rosot dan penstrukturan semula, cukai Mexico (faedah) serta item khusus yang lain. Kami biasanya menggunakan istilah “terlaras” semasa merujuk kepada amaun bukan GAAP ini.

Pihak pengurusan menggunakan ukuran kewangan bukan GAAP secara dalaman untuk membuat keputusan yang strategik, meramalkan hasil pada masa hadapan dan menilai prestasi semasa. Melalui pendedahan tentang ukuran kewangan bukan GAAP, pihak pengurusan berniat untuk memberikan perbandingan yang bermakna dan konsisten berkenaan hasil dan arah aliran operasi kami bagi tempoh yang dibentangkan. Ukuran kewangan bukan GAAP ini digunakan sebagai tambahan dan bersama-sama dengan hasil yang dibentangkan menurut GAAP dan menggambarkan cara tambahan untuk melihat aspek operasi kami yang memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang faktor dan aliran arah yang menjejaskan perniagaan kami apabila dilihat dengan hasil GAAP kami. Ukuran bukan GAAP ini perlu dianggap sebagai tambahan dan bukannya sebagai pengganti atau lebih penting berbanding ukuran sepadan yang dikira menurut GAAP.

Ukuran kewangan bukan GAAP tidak disediakan menurut GAAP, supaya maklumat bukan GAAP kami tidak semestinya dapat dibandingkan dengan ukuran dengan tajuk yang sama yang dibentangkan oleh syarikat lain. Penyesuaian setiap ukuran kewangan bukan GAAP kepada ukuran GAAP yang paling dapat dibandingkan tersedia dalam jadual berikut.

Ingredion Incorporated Reconciliation of GAAP Net Income attributable to Ingredion and Diluted Earnings Per Share ("EPS") to Non-GAAP Adjusted Net Income attributable to Ingredion and Adjusted Diluted EPS (Unaudited)
Net income, EPS and tax rates may not foot or recalculate due to rounding.

II. Maklumat Bukan GAAP (bersambung)

Nota
(i) Sepanjang enam bulan berakhir 30 Jun 2022, kami merekodkan caj pemerolehan dan integrasi sebelum cukai sebanyak $1 juta untuk pemerolehan dan penyepaduan KaTech kami, serta pelaburan kami dalam usaha sama Argentina.

(ii) Sepanjang tiga dan enam bulan berakhir 30 Jun 2022, kami masing-masing merekodkan $2 juta dan $4 juta, baki caj berkaitan penstrukturan semula pracukai untuk program Cost Smart.

(iii) Dalam tempoh enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2023, kami merekodkan caj sebelum cukai sebanyak $5 juta yang berkaitan terutamanya dengan kesan pemberhentian kerja yang berpangkalan di A.S.

(iv) Kami merekodkan faedah cukai sebanyak $7 juta dan $14 juta untuk tiga dan enam bulan yang berakhir 30 Jun 2023, dan faedah cukai sebanyak $1 juta untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2022, hasil daripada pergerakan peso Mexico berbanding dolar A.S. dan kesannya terhadap pengukuran semula penyata kewangan Mexico kami dalam tempoh tersebut.

(v) Item ini berkaitan dengan liabiliti dan luar jangka cukai tahun sebelumnya bersih, kesan daripada Cukai Super Pakistan dan keputusan cukai daripada tambahan bukan GAAP di atas. Ini telah diimbangi oleh faedah ke atas manfaat cukai yang diiktiraf sebelum ini untuk insentif tempatan Brazil tertentu yang sebelum ini boleh dikenakan cukai.

Ingredion Incorporated Reconciliation of GAAP Operating Income to Non-GAAP Adjusted Operating Income (Unaudited)
 
Untuk nota (i) hingga (iii), lihat nota (i) hingga (iii) yang termasuk dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Terlaras Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair dan Terlaras.

II. Non-GAAP Information (continued)

Ingredion Incorporated Reconciliation of GAAP Effective Income Tax Rate to Non-GAAP Adjusted Effective Income Tax Rate (Unaudited)
 
Untuk nota (i) hingga (v), lihat nota (i) hingga (v) yang termasuk dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Terlaras Bukan GAAP disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair dan Terlaras.

II. Non-GAAP Information (continued)

Ingredion Incorporated Reconciliation of Expected GAAP Diluted Earnings per Share ("GAAP EPS") to Expected Adjusted Diluted Earnings per Share ("Adjusted EPS") (Unaudited)

Di atas ialah penyelarasan EPS tercair tahun penuh 2023 dijangka kami kepada EPS tercair dan terlaras tahun penuh 2023 dijangka kami. Jumlah di atas mungkin tidak menggambarkan caj masa depan tertentu, kos dan/atau keuntungan yang sememangnya sukar untuk diramal dan dianggarkan kerana masa, kesan dan/atau kepentingannya yang tidak diketahui. Jumlah ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelarasan kepada GAAP EPS untuk kos pemerolehan dan penyepaduan, kos kemerosotan nilai dan penstrukturan semula serta item lain yang tertentu. Kami biasanya mengecualikan pelarasan ini daripada panduan EPS terlaras kami. Atas sebab ini, kami lebih yakin dengan keupayaan kami untuk meramalkan EPS terlaras berbanding keupayaan kami untuk meramalkan GAAP EPS.

Pelarasan pada GAAP EPS untuk 2023 ini termasuk yang berikut:

i. Caj yang berkaitan terutamanya dengan kesan pemberhentian kerja yang berpangkalan di A.S.

ii. Manfaat cukai hasil daripada pergerakan peso Mexico berbanding dolar A.S. dan kesannya ke atas pengukuran semula penyata kewangan Mexico Syarikat dalam tempoh tersebut.

II. Non-GAAP Information (continued)

Ingredion Incorporated Reconciliation of Expected GAAP Effective Tax Rate ("GAAP ETR") to Expected Adjusted Effective Tax Rate ("Adjusted ETR") (Unaudited)

Di atas ini ialah penyelarasan ETR GAAP dijangka tahun penuh 2023 kami kepada ETR terlaras dijangka tahun penuh 2023 kami. Jumlah di atas mungkin tidak menggambarkan caj masa depan tertentu, kos dan/atau keuntungan yang sememangnya sukar untuk diramal dan dianggarkan kerana masa, kesan dan/atau kepentingannya yang tidak diketahui. Jumlah ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelarasan kepada GAAP ETR untuk perkara lain dan item cukai lain tertentu. Kami biasanya mengecualikan pelarasan ini daripada panduan ETR terlaras kami. Atas sebab ini, kami lebih yakin dengan keupayaan kami untuk meramalkan ETR terlaras berbanding keupayaan kami untuk meramalkan GAAP ETR.

Pelarasan pada GAAP ETR untuk 2023 ini termasuk yang berikut:

i. Kesan cukai terutamanya ke atas caj yang berkaitan dengan kesan pemberhentian kerja yang berpangkalan di A.S.

ii. Manfaat cukai hasil daripada pergerakan peso Mexico berbanding dolar A.S. dan kesannya kepada pengukuran semula penyata kewangan Mexico kami dalam tempoh tersebut.

ORANG HUBUNGAN:
Pelabur:Noah Weiss, 773-896-5242
Media: Becca Hary, 708-551-2602 

Sumber: Ingredion Incorporated

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment