Tuesday, August 15, 2023

U. S. STEEL MENGESAHKAN PENERIMAAN CADANGAN YANG TIDAK DIMINTA DARIPADA CLEVELAND-CLIFFS DAN PELBAGAI PIHAK LAIN; MEMAKLUMKAN DENGAN JELAS PROSES KAJIAN SEMULA STRATEGIK BERDAYA SAING UNTUK MEMAKSIMUMKAN NILAI PEMEGANG SAHAM

 · Cleveland-Cliffs Enggan Membenarkan Proses Standard untuk Menilai Tawaran Syarikat Tersebut

· Syarikat Memaklumkan dengan Jelas Jemputan untuk Cleveland-Cliffs Menyertai Kajian Semula Strategik

PITTSBURGH, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- United States Steel Corporation (NYSE: X) (“U. S. Steel” atau “Syarikat”) pada hari ini mengesahkan bahawa syarikat tersebut telah menjemput Cleveland-Cliffs Inc. (“Cleveland-Cliffs”) menyertai proses kajian semula strategik yang diumumkan sebelum ini. Syarikat itu, sebelum ini mendedahkan bahawa proses kajian semula secara rasmi telah dimulakan, dengan bantuan penasihat kewangan dan undang-undang luar, bertujuan menilai alternatif strategik untuk Syarikat selepas menerima pelbagai cadangan yang tidak diminta, terdiri daripada pemerolehan aset pengeluaran tertentu kepada pertimbangan untuk seluruh Syarikat.
 
Syarikat itu telah menerima cadangan tunai dan saham yang tidak diminta daripada Cleveland-Cliffs untuk mengambil alih semua saham yang diterbitkan oleh U. S. Steel. Seperti yang maklumkan secara terperinci dalam surat di bawah, U. S. Steel tidak dapat menilai cadangan dengan betul kerana Cleveland-Cliffs enggan terlibat dalam proses yang perlu dan lazim untuk menaksir penilaian dan kepastian melainkan jika U. S. Steel bersetuju dengan terma ekonomi cadangan itu terlebih dahulu.

Teks penuh surat U. S. Steel kepada Cleveland-Cliffs, yang dihantar pada pukul 12:01 tengah hari ET, 13 Ogos 2023, adalah seperti berikut

13 Ogos 2023

Lourenco yang dihormati,

Saya menulis bagi pihak United States Steel Corporation (“Syarikat”) sebagai respons kepada surat cadangan Cleveland-Cliffs Inc. yang bertarikh pada 28 Julai 2023 dan dikemas kini selanjutnya pada 11 Ogos 2023. Sejak menerima cadangan awal anda, pihak Lembaga Pengarah Syarikat telah mengadakan pertemuan beberapa kali, dengan bantuan penasihat kewangan kami, Barclays dan Goldman Sachs, serta penasihat undang-undang kami, Milbank dan Wachtell, untuk menilai merit dan risiko cadangan anda.

Atas arahan saya dan Lembaga Pengarah, penasihat kami menyatakan kesediaan kami untuk menandatangani Perjanjian Ketakdedahan (Non-Disclosure Agreement - NDA) dengan anda pada 7 Ogos 2023, supaya kami boleh mendapatkan kejelasan lanjut mengenai beberapa isu utama, termasuk penilaian komponen saham cadangan anda, risiko kawal selia dan masa, serta prospek bagi syarikat gabungan itu. Kami berbincang dengan penasihat undang-undang anda mengenai soalan yang perlu difahami dengan betul supaya kami berdua menilai dengan sewajarnya risiko antitrust cadangan anda; dan meskipun penasihat undang-undang anda bersetuju bahawa ini perlu dianalisis, serta akur dengan cadangan kami untuk bekerjasama menjayakan usaha itu, perkara ini masih belum dilaksanakan. Selepas beberapa perbincangan diadakan dan keterlibatan pasukan kami dalam rundingan dengan suci hati, mengenai terma NDA, kami agak terkejut apabila menerima surat anda pada hari Jumaat, 11 Ogos yang menyatakan bahawa anda enggan menandatangani NDA yang hampir disempurnakan melainkan jika kami bersetuju dengan terma ekonomi cadangan anda terlebih dahulu.

Seperti yang anda sedia maklum, Lembaga Pengarah kami – atau mana-mana lembaga – tidak boleh, selaras dengan kewajipan fidusiari masing-masing, bersetuju dengan cadangan bahawa 50% diwakili oleh saham anda tanpa menjalankan proses usaha wajar yang teliti dan lazim sepenuhnya, bertujuan menilai risiko dan potensi naik dan turun yang wujud dalam transaksi, termasuk komponen saham. Melakukan perkara sebaliknya akan sama seperti menerima harga tanpa mengetahui perkara yang diwakili sebenarnya. Lembaga Pengarah kami juga tidak boleh bersetuju dengan “nilai perusahaan” anda tanpa perbincangan yang wajar – di bawah NDA – berkenaan sumbangan U. S. Steel kepada nilai perniagaan gabungan. Memaksa Lembaga Pengarah kami berbuat demikian pada dasarnya adalah tuntutan yang melanggar kewajipan fidusiari ahli lembaga pengarah.

Syarikat, dipimpin oleh Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan, telah berjaya membuat kemajuan besar untuk mengubah Syarikat menjadi pembuat keluli Best for All® yang berteraskan pelanggan dan berdaya saing di dunia kerana kami terus berjaya menerajui pasaran strategik, mengalih keluk kos ke bawah dan keluk bakat ke atas. Strategi terbukti ini telah menyediakan penyelesaian keluli yang menguntungkan kepada pelanggan untuk orang ramai dan planet ini, di samping memberikan ganjaran kepada pemegang saham kami. Pada masa ini, kami tidak dapat menentukan sama ada cadangan yang tidak diminta anda benar-benar mencerminkan nilai Syarikat yang sepenuhnya dan saksama.

Bagi semua sebab di atas, Lembaga Pengarah tidak mempunyai pilihan selain menolak cadangan anda yang tidak munasabah ini.

Lembaga Pengarah U. S. Steel kekal komited untuk memaksimumkan nilai para pemegang saham dan bagi tujuan itu, pihak lembaga pengarah telah memulakan proses kajian semula secara rasmi untuk menilai alternatif strategik. Jika anda ingin melibatkan diri dalam proses itu, kami menjemput anda untuk menghubungi wakil kewangan dan undang-undang kami dan mengalu-alukan anda menyertai proses kami.

Yang benar,

David Burritt

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif

Penasihat

Barclays Capital Inc. dan Goldman Sachs & Co. LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan untuk U. S. Steel. Milbank LLP dan Wachtell, Lipton, Rosen & Katz bertindak sebagai penasihat undang-undang.

Diasaskan pada tahun 1901, United States Steel Corporation ialah pengeluar keluli terkemuka. Bersama tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada keselamatan, strategi Best for All® yang berteraskan pelanggan Syarikat sedang memajukan masa depan yang lebih selamat dan mampan untuk U. S. Steel dan para pemegang kepentingan. Bersama penekanan yang diperbaharui mengenai inovasi, U. S. Steel berjaya memenuhi keperluan industri automotif, pembinaan, perkakas, tenaga, kontena dan pembungkusan dengan produk keluli nilai tambah yang tinggi seperti keluli berkekuatan tinggi termaju XG3® proprietari U. S. Steel. Syarikat tersebut juga mengekalkan pengeluaran bijih besi yang memperoleh kelebihan berdaya saing dan mempunyai keupayaan pembuatan keluli mentah tahunan sebanyak 22.4 juta tan bersih. U. S. Steel beribu pejabat di Pittsburgh, Pennsylvania, dengan operasi bertaraf dunia di seluruh Amerika Syarikat dan di Eropah Tengah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ussteel.com.

NOTA AMARAN BERKENAAN PERNYATAAN PANDANG KE HADAPAN

Penerbitan ini mengandungi maklumat yang boleh membentuk “pernyataan pandang ke hadapan” dalam pengertian Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda. Kami berhasrat supaya pernyataan pandang ke hadapan dilindungi oleh peruntukan perlindungan selamat untuk pernyataan pandang ke hadapan dalam bahagian tersebut. Secara amnya, kami telah mengenal pasti pernyataan pandang ke hadapan tersebut dengan menggunakan perkataan “percaya,” “harap,” “hasrat,” “anggar,” “jangka,” “unjur,” “sasar,” “ramal,” “tujuan,” “sepatutnya,” “rancangan,” “matlamat,” “masa hadapan,” “akan,” “boleh” dan ungkapan yang serupa atau dengan menggunakan tarikh pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, ketiadaan perkataan ini atau ungkapan yang serupa tidak bermakna bahawa sesuatu pernyataan bukan pandang ke hadapan. Pernyataan pandang ke hadapan bukan fakta sejarah, tetapi sebaliknya hanya mewakili kepercayaan Syarikat berkenaan peristiwa pada masa akan datang, yang kebanyakannya mengikut sifat masing-masing, sememangnya masih belum pasti dan di luar kawalan Syarikat. Ada kemungkinan bahawa pencapaian sebenar, keadaan kewangan dan perkembangan Syarikat berbeza, mungkin dengan banyak, berbanding pencapaian yang dijangkakan, perkembangan dan keadaan kewangan yang ditunjukkan dalam pernyataan pandang ke hadapan ini. Pihak pengurusan percaya bahawa pernyataan pandang ke hadapan ini adalah cukup munasabah pada masa dibuat. Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana pernyataan pandang ke hadapan kerana pernyataan tersebut hanya menunjukkan setakat tarikh penerbitan dibuat. Syarikat kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda mana-mana pernyataan pandang ke hadapan secara terbuka, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa pada masa akan datang atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Selain itu, pernyataan pandang ke hadapan adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan pencapaian sebenar berbeza dengan besar berbanding pengalaman sejarah Syarikat kami dan jangkaan atau unjuran semasa kami. Risiko dan ketidakpastian ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sama ada objektif proses kajian semula alternatif strategik akan tercapai; terma, struktur, manfaat dan kos mana-mana transaksi strategik; masa bagi mana-mana transaksi dan sama ada apa-apa transaksi akan disempurnakan sama sekali; risiko bahawa kajian semula alternatif strategik dan pengumuman berkaitan boleh memberikan kesan buruk ke atas keupayaan Syarikat untuk mengekalkan pelanggan, serta mengekalkan dan mengambil kakitangan penting dan menjaga hubungan dengan pelanggan, pembekal, pekerja, pemegang saham dan hubungan perniagaan lain serta pencapaian operasi dan perniagaan secara amnya; risiko kajian semula alternatif strategik boleh mengalih perhatian dan masa pengurusan Syarikat, risiko mana-mana kos atau perbelanjaan yang tidak dijangkakan akibat daripada kajian semula itu; risiko apa-apa litigasi berkaitan kajian semula; serta risiko dan ketidakpastian yang dihuraikan dalam “Item 1A. Faktor Risiko” dalam laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun berakhir 31 Disember 2022 dan yang dihuraikan dari masa ke masa dalam laporan masa akan datang kami yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Tara Carraro
Timbalan Presiden Kanan, Ketua Pegawai Komunikasi
T- 412-433-1300
E- media@uss.com

Kelly Sullivan / Ed Trissel
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
T- 212-355-4449

Kevin Lewis
Naib Presiden
Kewangan
T- 412-433-6935
E- klewis@uss.com
 
Sumber: United States Steel Corporation

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment