Wednesday, August 9, 2023

LYNK DAN VODAFONE COOK ISLANDS AKAN MEMULAKAN PERKHIDMATAN SAT2PHONE UNTUK PELANGGAN

Pengumuman menandakan operator rangkaian mudah alih kedua di dunia yang memulakan perkhidmatan sat2phone dengan Lynk

FALLS CHURCH, Va., 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lynk Global, Inc. (Lynk), penyedia telekomunikasi sat2phone yang terkemuka di dunia, dan Vodafone Cook Islands, hari ini telah mengumumkan permulaan perkhidmatan awal satelit terus-ke-telefon bimbit kepada pelanggan Vodafone Cook Island menggunakan “menara-sel-di-angkasa” Lynk.  Vodafone Cook Islands ialah operator rangkaian mudah alih (MNO) kedua di dunia yang akan melancarkan teknologi sat2phone Lynk sebagai perkhidmatan pelanggan.

Vodafone ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Kepulauan Cook, yang menawarkan rangkaian mudah alih, jalur lebar, talian tetap, dan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian telekomunikasi berasaskan teknologi merentasi semua pulau yang berpenghuni.  Dengan sejarah yang kaya dan komitmen kepada inovasi, syarikat ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap digital Kepulauan Cook.  Syarikat ini telah melabur secara berterusan dalam teknologi dan infrastruktur terkini untuk menyediakan rangkaian yang lancar dan stabil untuk pelanggannya.  Sama ada ia panggilan suara, pemesejan, akses internet atau penyelesaian keusahawanan, Vodafone Cook Islands menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan individu, penduduk dan perniagaan.

“Dengan kawasan Kepulauan Cook yang luas, kami di Vodafone sentiasa mencari teknologi inovatif untuk meningkatkan ketersambungan ke pulau-pulau yang terpencil, atol dan lautan di antaranya.  Perkhidmatan Lynk adalah unik dalam menangani keperluan kami untuk memperluaskan liputan mudah alih kami tetapi tanpa perbelanjaan modal yang membebankan.  Kami melihat komuniti terpencil kami, nelayan kami dan pengendali kapal layar yang melawat, memanfaatkan ketersambungan dan liputan tambahan yang disediakan oleh Lynk,” kata Phlillip Henderson, CEO, Vodafone Cook Islands.

“Lynk telah diamanahkan untuk menyediakan perkhidmatan untuk Vodafone Cook Islands, yang meliputi 15 pulau dan 1,960,027+ kilometer persegi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang terdiri daripada Kepulauan Cook,” kata Dan Dooley, ketua pegawai komersial Lynk.  “Wilayah ini sangat luas, dan Lynk berbangga untuk bekerja dengan Vodafone untuk menyambungkan pelanggan mereka.  Perkhidmatan awal Sat2Phone akan bermula sebagai perkhidmatan beta di kawasan yang dinamakan sebagai ‘Laluan Manuae’ dan bertambah dari semasa ke semasa. Sama seperti perkhidmatan yang kami tawarkan kepada PNCC di Palau, Lynk juga akan menyediakan perkhidmatan sandaran yang meningkatkan keutuhan rangkaian apabila bencana alam merosakkan rangkaian atas tanah,” kata Dooley.

Tentang Vodafone Cook Islands

Vodafone Cook Islands ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi sepenuhnya yang menawarkan produk dan perkhidmatan telekomunikasi, talian tetap (tembaga dan gentian), mudah alih, jalur lebar, IPTV, penyelesaian PABX & penyelesaian tersuai.  Tawaran perkhidmatan termasuk penyelesaian pengehosan, kolokasi, akses rangkaian dan saling sambung.  Vodafone juga menyediakan produk dan perkhidmatan pos, perkhidmatan pengawasan radio maritim dan pelesenan, serta perkhidmatan sokongan siaran.  Ibu Pejabat Vodafone terletak di pulau utama Rarotonga dan dengan pejabat di setiap pulau, perkhidmatan kami meliputi Kepulauan Cook. Untuk maklumat lanjut, lawati www.vodafone.co.ck 

No comments:

Post a Comment