Wednesday, January 27, 2016

Axiata Beralih Kepada Sistem Awan SAP Untuk Ketampakan, Pematuhan & Mengawal Perbelanjaan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Axiata Group Bhd, DBA Axiata memilih Bristlecone dan SAP sebagai rakan dalam melaksanakan transformasi jabatan penyumberan dan pemerolahannya serta memacu proses terbaik dalam kelas.

Dalam satu kenyataan SAP berkata transformasi permerolehan itu akan membolehkan syarikat telekomunikasi itu memperoleh ketampakan dalam perbelanjaan merentas kesemua Syarikat Operasi (OpCos) dan memudahkan pematuhan, menentukan dan memanfaatkan peluang pengurangan perbelanjaan serta mengenal pasti ketidakcekapan dan proses tidak standard selama ini.

Pengarah Urusan SAP Malaysia Terrence Yong berkata perisian daripada SAP itu akan membantu Axiata mengurus sumber dan mengoptimumkan usaha sama merentas struktur pemerolehan semasa, bagi mencapai tahap inovasi baharu, kecekapan dan kemampuan untuk beroperasi dengan mudah.

Axiata akan menggunakan versi di premis aplikasi pengurusan perhubungan pembekal SAP dalam proses bagi 'Permintaan untuk PO' dan aplikasi analitis pengurusan prestasi perbelanjaan SAP bagi proses analistis perbelanjaan bersama-sama aplikasi pemerolehan berasaskan awan.

Dalam inisiatif ini juga, Bristlecone turut menyokong Axiata untuk menyelaraskan dan menyeragamkan proses penyumberan, pemerolehan dan pengurusan perbelanjaan dalam keseluruhan kumpulan untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi, ketampakan serta tadbir urus menerusi penugasan platform ePemerolehan berskala dunia dan seragam.

Hasil daripada pelaksanaan ini, pekerja Axiata kini mempunyai sistem berpusat yang membolehkan mereka mencari, menyumber dan membeli barangan dan pada masa yang sama mematuhi prosedur pembelian korporat.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment