Wednesday, January 6, 2016

Blackboard Inc. Menamakan William L. Ballhaus Sebagai Pengerusi, Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif

WASHINGTON, 5 Jan (Bernama) -- Blackboard Inc., syarikat teknologi pendidikan yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa William "Bill" L. Ballhaus, PhD telah dinamakan sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau menggantikan Jay Bhatt, yang telah mengemudi Blackboard sejak tahun 2012. Encik Bhatt akan bertindak sebagai penasihat khas kepada pengerusi dan komited dalam memastikan peralihan yang lancar.

Dr. Ballhaus menyertai Blackboard dari SRA International, di mana beliau yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif telah memupuk budaya inovasi yang menekankan kepada menjangka keperluan pelanggan, dan beliau telah mempertingkatkan portfolio syarikat di dalam keselamatan siber, pengkomputeran awan, mobilisasi, pembangunan sistem tangkas, ERP dan analisis data. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di DynCorp International, sebuah pembekal perkhidmatan kerajaan yang bertaraf global. Dr. Ballhaus juga pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di BAE Systems, Boeing dan Hughes di mana beliau mengetuai perniagaan kerajaan dan teknologi komersil di peringkat global, terutamanya yang bertumpu kepada perisian dan teknologi maklumat atau IT.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8575

No comments:

Post a Comment