Friday, January 15, 2016

Peraduan Foto CAPA Asia Dimulakan Oleh Gakken Plus Untuk Meraikan Pembukaannya, Dengan Disokong Oleh Canon, Fujifilm, Nikon Dan Sony

TOKYO, 15 Jan (Bernama) -- -Pencinta Foto di Asia Tenggara, Sertai Kami!-

Gakken Plus Co., Ltd., sebuah anak syarikat bagi penerbit terkemuka di Jepun Gakken Holdings Co., mengumumkan pada 13 Oktober mengenai pelancaran "CAPA asia," sebuah laman sesawang untuk memberikan maklumat mengenai foto bagi Asia Tenggara, bagi memperingati ulang tahun ke-70 penubuhan kumpulan Gakken. Gakken Plus menerbitkan "CAPA," sebuah majalah paling laris mengenai foto dan kamera pegun di Jepun. Sejak permulaannya dalam tahun 1981, CAPA telah memberikan maklumat yang berkualiti tinggi kepada peminat foto, jurugambar, dan pembuat kamera. Kini CAPA asia mahu menyebarkan kegembiraan fotografi di Asia Tenggara dengan menjadi jambatan antara pencinta foto dan jurugambar profesional dan kamera pembuat di rantau itu.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1207397

No comments:

Post a Comment