Wednesday, January 27, 2016

"RETAILTECH JAPAN" DAN "SECURITY SHOW" AKAN DIADAKAN DI SATU DARIPADA PAMERAN IT DAN KESELAMATAN YANG TERBESAR DI JEPUN

TOKYO, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan memaparkan "RETAILTECH JAPAN" dan "SECURITY SHOW", Nikkei Inc. akan secara serentak mengadakan satu acara pameran terbesar seumpamanya di Jepun. Pameran "RETAILTECH JAPAN" akan memaparkan sistem teknologi maklumat atau IT yang terkini yang dapat memajukan keadaan rantaian bekalan dan pemasaran bagi perniagaan pengedaran. "SECURITY SHOW" akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan yang dapat membawa tanggapan masyarakat yang selamat  menjadi kenyataan.

"RETAILTECH JAPAN" adalah pameran terbesar yang memperkenalkan peralatan dan sistem maklumat untuk perniagaan pengedaran dan runcit seperti POS, sistem pembayaran, sistem ibu pejabat, logistik, pemasaran mudah alih, saluran peruncitan semua arah, papan tanda digital, data yang besar, IoT dan teknologi awan. Satu ruang khusus akan diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada perkakasan, perisian, isi kandungan dan rangkaian yang berkaitan dengan papan tanda digital dan sistem POP.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8647

No comments:

Post a Comment