Thursday, January 28, 2016

PERINGKAT AWAL M&A MELANTUN SEMULA DI ASIA WALAUPUN KRISIS PASARAN DI CHINA

SINGAPURA, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penggabungan dan pengambilalihan (M&A) peringkat awal di kebanyakan pasaran Asia menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, walaupun ekonomi China semakin perlahan dan pasaran mata wang dan ekuiti tidak menentu. Ini menunjukkan bahawa separuh pertama tahun 2016 akan menyaksikan satu kenaikan dalam pengumuman perjanjian di pasaran yang berbeza di Asia, berbanding dengan separuh pertama tahun 2015. Ini adalah menurut laporan terbaharu Peramal Aliran Urus Niaga (DFP) Intralinks® yang dikeluarkan oleh Intralinks Holdings, Inc. (NYSE: IL), pembekal dunia yang terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan untuk menguruskan urus niaga M&A. Sementara itu, dalam rantau Asia Pasifik (APAC) yang lebih luas, Australia mengalami pertumbuhan negatif, setelah dilanda kejatuhan dalam permintaan di sektor logam dan perlombongan – seringkali diketuai oleh China.


No comments:

Post a Comment