Tuesday, January 19, 2016

Kajian Simon-Kucher Menampakkan Kuasa Bagi Dua Peratus

SINGAPURA, 19 Jan (Bernama) -- Berikutan pembentukan komuniti ekonomi ASEAN (AEC) baru-baru ini, adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk mencari saluran baru bagi memaksimumkan keuntungan. Pada masa ini, lima negara ASEAN (Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina) meninggalkan lebih daripada USD sembilan bilion tanpa diterokai kerana mereka teragak-agak untuk melaksanakan kenaikan harga walaupun kecil. Ini adalah hasil daripada Ujian Stres Penentuan Harga ASEAN 2016 yang dijalankan oleh Simon-Kucher & Partners. Firma perundingan strategi dan pemasaran global itu menjalankan analisis ke atas kira-kira 1,200 syarikat tersenarai awam di rantau itu, dengan memberi tumpuan kepada industri pengguna dan runcit, pembuatan, minyak dan gas, pembinaan, dan industri kimia. "Syarikat-syarikat sama sekali menganggar kurang potensi besar daripada kenaikan kecil pada harga," kata Dr Jochen Krauss, Rakan Pengurusan di pejabat Simon-Kucher & Partners di Singapura.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208236

No comments:

Post a Comment