Monday, January 18, 2016

"WAZA Menikmati Cita Rasa Jepun": Menteri MAFF Moriyama Mengetuai Jelajah Jualan Untuk Produk Jepun Di Singapura, Gerbang Laluan Ke ASEAN, Mensasar Untuk Mencapai 1 Trilion Yen Dalam Eksport

TOKYO, 18 Jan (Bernama) -- Sebagai acara permulaan untuk meraikan ulang tahun ke-50 hubungan luar antara Singapura dan Jepun, Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) telah menjalankan satu kempen "WAZA Nikmati Cita Rasa Jepun" selama dua hari (9 dan 10 Januari) di Isetan Scotts di Singapura. Acara itu telah dirangka untuk meningkatkan minat dalam budaya makanan Jepun dan produk pertanian, perhutanan, dan hasil laut Jepun. Acara itu bertepatan dengan permulaan Perkhidmatan Pesanan Terus Pengeluar, satu perkhidmatan baharu yang menghantar produk pertanian, perhutanan, dan hasil laut segar dan makanan yang disejukkan atau beku terus dari pengeluar Jepun kepada pengguna di Singapura. Acara itu bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan tersebut dan meningkatkan pengiktirafan pengguna mengenai produk dan makanan pertanian, perhutanan, dan hasil laut Jepun yang disediakan melalui perkhidmatan yang unggul ini.


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208058

No comments:

Post a Comment