Wednesday, January 27, 2016

Ujian Malaria Terbaharu, Illumigene® Malaria, Menetapkan Standard Emas Baru Bagi Diagnosis

CINCINNATI, Jan 27 (Bernama) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima CE Mark bagi illumigene® Malaria, satu ujian baru dan bertepatan tinggi yang dibangunkan oleh Meridian dengan bantuan teknikal daripada Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Cheikh Anta Diop University of Dakar, Senegal. Ujian ini adalah sehingga 80,000 kali lebih sensitif dalam keupayaannya mengesan parasit malaria berbanding dengan ujian konvensional, serta berpotensi merevolusikan diagnosis malaria dan menetapkan standard emas yang terbaru. Dengan menggunakan teknologi LAMP molekul yang berinovatif, hasil illumigene boleh disediakan dalam tempoh kurang dari sejam dan ujian itu adalah mudah digunakan kerana ia tidak bergantung kepada pakar teknikal bertahap tinggi. Ini adalah langkah ke hadapan yang besar bagi mereka yang dijangkiti malaria kerana diagnosis yang lebih pantas dan lebih tepat boleh membawa kepada rawatan segera dan hasil yang lebih baik. illumigene Malaria akan diedarkan di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika oleh Meridian Bioscience Europe dan pasaran antarabangsa yang lain oleh jaringan pengedaran global Syarikat.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1210680

No comments:

Post a Comment