Saturday, January 30, 2016

MITSUI CHEMICALS AGRO PEROLEH SAHAM TAMBAHAN DI SOTUS ANTARABANGSA DI THAILAND

TOKYO, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals Agro, Inc. (Tokyo, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Kazunori Tani, "MCAG") hari ini mengumumkan bahawa MCAG telah memperolehi saham tambahan di Sotus International Co., Ltd. ("SOTUS"), sebuah syarikat agrokimia di Kerajaan Thailand, pada 21 Januari, 2016. Setelah mempersetujui satu perjanjian jual beli dengan Pacific Agriscience Pte., Ltd. ("PA"), sebuah pemegang saham bagi SOTUS, MCAG memperoleh kesemua saham SOTUS yang dimiliki oleh PA untuk meningkatkan nisbah pegangan sahamnya kepada 16.2% daripada jumlah saham SOTUS itu.


No comments:

Post a Comment