Wednesday, January 6, 2016

NTT Communications Dipilih Juara Dalam Telefoni Hos APAC Dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Frost IQ

TOKYO, 5 Jan (Bernama) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyedia penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa dalam NTT (NYSE:NTT) Group, hari ini diumumkan sebagai antara "juara" dalam Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu dan Telefoni Hos Asia Pasifik Frost Industry Quotient (IQ) - Asia Pasifik (Asia Pacific Hosted Telephony and Unified Communications Service Providers) bagi 2015.

Menurut Frost dan Sullivan, "NTT Com telah menubuhkan infrastruktur rangkaian yang luas di seluruh dunia. Telefoni yang dihoskan dan perkhidmatan UC syarikat itu tersebar secara seragam di rantau Asia Pasifik, dengan pasaran di Singapura, Malaysia dan Australia, yang menunjukkan prospek pertumbuhan yang sihat. Portfolio Arcstar UCaaS yang berasaskan sistem Cisco HCS menyediakan tawaran awan semua-dalam-satu dengan suara, IM / kehadiran, persidangan. Portfolio penyaluran SIP berjaya menarik lebih ramai pelanggan daripada segmen orgnisasi yang besar. "

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1204438

No comments:

Post a Comment