Tuesday, January 19, 2016

PA Group Lantik Charles Jorge Sebagai Presiden Baharu

MIAMI, Jan 19 (Bernama) -- PA Group, Premier Assurance Group SPC Ltd., telah mengumumkan pelantikan Charles Jorge, yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan PA Group, sebagai Presiden baharunya dan pertukaran Presiden semasa, Leonardo L. Cornide, ke jawatan Pengerusi Lembaga.

"Kami berada di satu peringkat dalam pertumbuhan syarikat di mana kami perlu menggiatkan usaha dan meningkatkan kepakaran kami di seluruh dunia. Kami percaya bahawa Charles Jorge memiliki kemahiran dan wawasan yang bersesuaian untuk membawa syarikat kami ke tahap seterusnya," ujar Leonardo L. Cornide.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208242

No comments:

Post a Comment