Saturday, January 23, 2016

MERCK LANCAR VIVERA DI AMERIKA LATIN

Merck lancar Vivera, sebuah jenama Kesihatan Pengguna baharu untuk kesakitan gastrousus, bermula pada Januari 2016 di Chile

Merck mengumumkan peralihan bagi tiga jenama tambahan daripada portfolio Biopharma mereka kepada perniagaan Kesihatan Pengguna di Amerika Latin
 

DARMSTADT, Jerman, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran jenama pengguna mereka yang baharu Vivera® di Amerika Latin. Vivera dilancarkan terlebih dahulu di Chile pada Januari 2016, dengan diikuti oleh beberapa pasaran Amerika Latin utama yang lain pada tahun 2016. Vivera memberikan kelegaan segera daripada kesakitan gastrousus dengan mempercepatkan proses penyembuhan semula jadi. 

No comments:

Post a Comment