Thursday, January 21, 2016

KEIO PLAZA HOTEL ANJUR PAMERAN FESTIVAL ANAK PATUNG PEREMPUAN

Memaparkan 6,000 Perhiasan Seni Gantung, Kesenian Tradisional Pembalut Hadiah "Origata" dan Mengikat Simpul "Musubi"

TOKYO, 20 Jan  (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas kesenian Jepun bertajuk "Menikmati Festival Anak Patung Perempuan Tradisional Jepun (Hinamatsuri)" yang memaparkan pelbagai karya seni tradisional pada Februari dan Mac, 2016. "Hinamatsuri" adalah satu acara tradisional yang diadakan setiap tahun di Jepun di mana keluarga mendoakan kesihatan dan kebahagiaan anak-anak perempuan mereka. Festival ini dikenali kerana anak patung dan perhiasan yang berwarna-warni yang mencakupi suasana musim bunga ketika ia diadakan. Pameran kami pada tahun ini memaparkan lebih 6,000 seni kain sutera yang ditenun halus dengan tangan untuk membolehkan pengunjung merasai kesenian tradisional Jepun yang melibatkan festival anak patung. Di samping itu, hasil seni pembalut hadiah "origata" dan mengikat simpul "musubi", yang kaedahnya juga digunakan dalam perhiasan anak patung ‘hinamatsuri”, akan dipamerkan untuk menunjukkan cara bagaimana mereka telah memainkan peranan penting dalam budaya Jepun. 

No comments:

Post a Comment