Wednesday, January 27, 2016

ISID LANCAR PERNIAGAAN BAGI INDUSTRI PELBAGAI KEWANGAN DI INDONESIA

TOKYO & JAKARTA, Indonesia 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --Information Services International-Dentsu, Ltd. (TOKYO:4812) (Ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Setsuo Kamai; "ISID") hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, PT. ISID INDONESIA (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia, Pengarah Presiden: Takuya Ono; "ISID Indonesia") menubuhkan perkongsian dengan syarikat IT di Indonesia, PT. Indocyber Global Technology (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif: Bharat Ongso; "Indocyber"). Yakni, ISID Indonesia melantik Indocyber sebagai pembekal bagi penyelesaian "Lamp", yang merupakan penyelesaian IT yang komprehensif bagi perniagaan pajakan dan kewangan. Perkongsian seperti itu telah menjanakan pelanggan tempatan yang pertama dan kami menyasarkan Lamp akan  dilaksanakan oleh 20 buah syarikat dalam tempoh tiga tahun akan datang.­


No comments:

Post a Comment