Thursday, September 3, 2020

CAVONIX MENDAYAKAN KENDERAAN BERAUTONOMI DENGAN TEKNOLOGI LIDAR LEDDAR PIXELL LEDDARTECH


QUEBEC CITY, 1 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderia ADAS dan AD, teruja untuk mengumumkan bahawa Cavonix Ltd. telah memilih teknologi penderia Leddar™ Pixell untuk pelanggan kenderaan ulang-alik berautonomi dan pengangkutan lori luar jalan raya miliknya.

Cavonix Ltd. ialah syarikat permulaan teknologi berpangkalan di United Kingdom yang telah membangunkan beberapa sistem kawalan berautonomi label putih untuk beberapa pengilang kenderaan dan syarikat teknologi. Bersama-sama syarikat induk mereka Aim Technologies, yang merupakan peneraju dunia dalam elektronik sukan motosikal, Cavonix baru-baru ini telah membangunkan barisan teknologi baharu untuk kenderaan ulang-alik, luar jalan raya dan sektor pertanian.

LeddarTech memasarkan satu-satunya platform yang benar-benar terbuka, fleksibel dan boleh skala untuk semua aplikasi automotif dan mudah alih. Platform tersebut menyampaikan komponen sistem ADAS & AD yang penting dan penyelesaian rujukan boleh suai dan mendayakan kebolehlanjutan daripada L1 (kamera & radar) kepada L5 (berbilang modus penderia termasuk LiDAR) pada prestasi dan kos yang optimum. Komponen platform termasuk pergabungan penderia bermodul dan tindanan perisian persepsi, LeddarEngine™ (SoC dan perisian pemprosesan isyarat) dan penderia LiDAR seperti Leddar Pixell, yang dibangunkan untuk pasaran mudah alih dan mempamerkan teknologi LeddarEngine.

“Cavonix memilih teknologi LeddarTech kerana keupayaannya untuk menyampaikan keselamatan dipertingkat kepada pengguna,” kata Steven Lake, Pengasas dan CEO. “Keteguhan dan keutuhan teknologi berkeadaan pepejal oleh LeddarTech memenuhi syarat mobiliti hari ini yang mencabar dan menjadikan teknologi itu pilihan ke arah mencegah pelanggaran dalam aplikasi henti dan pergi dengan menyingkirkan zon mati yang ditinggalkan oleh teknologi penderiaan lain.” En. Lake meneruskan: “Di Cavonix, kami komited untuk menyediakan penyelesaian yang teguh untuk aplikasi dunia nyata – sains tanpa fiksyen.”

“Kami berbesar hati dengan penyelesaian LiDAR kami yang terpilih dan dipercayai oleh Cavonix untuk menyokong pelanggan kenderaan ulang-alik berautonomi dan pengangkutan lori luar jalan raya,” kata Frantz Saintellemy, Presiden dan COO LeddarTech. En. Saintellemy mengatakan lagi, “Perkara yang Cavonix telah berjaya mencapai dalam tempoh yang agak singkat adalah menakjubkan dan kami tidak sabar melihat pembangunan masa hadapan mereka menggunakan teknologi LeddarTech.” En. Saintellemy menyimpulkan bahawa “menjadikan aplikasi mobiliti lebih selamat adalah teras dalam strategi kami. Teknologi kami menawarkan keseimbangan prestasi dan keberkesanan kos dan bersedia untuk pengerahan hari ini.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13715

No comments:

Post a Comment