Saturday, September 12, 2020

MARY KAY INC. COVID-19 MENYOKONG USAHA YANG MENSASARKAN PENDUDUK ASLI AMERIKA YANG TIDAK SEIMBANG MELALUI RANGKAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN INDIAN

 


DALLAS, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada awal tahun ini, dalam satu usaha untuk membantu memperlahankan penyebaran wabak COVID-19 dan menyokong pekerja barisan hadapan, Mary Kay Inc. telah mengumumkan bahawa ia akan menyumbang hampir $10 juta dalam bentuk sokongan kewangan dan pengedaran di dalam komuniti di mana ia beroperasi di seluruh dunia. Ketika dunia terus memerangi virus itu, Mary Kay telah memperluaskan komitmen itu kepada lebih $10 juta dan pada masa yang sama memperluaskan perkongsian mereka dengan menyokong organisasi dan mensasarkan populasi yang tidak seimbang yang terjejas oleh COVID-19.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200909005162/en/ 


Satu daripada populasi tersebut adalah Navajo Nation, yang mengalami sebahagian daripada kes COVID-19 paling banyak per kapita di Amerika Syarikat. Menjangkau merentasi 25,000 batu persegi merentasi Arizona, New Mexico, dan Utah, kira-kira 244,000 orang menganggap Navajo Nation sebagai tempat kediaman mereka. Komuniti itu mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan komuniti dan hampir 10,000 kes COVID-19 yang telah disahkan.

“Usaha besar dan menyeluruh untuk membantu memerangi virus ini adalah penting — dan memberikan impak — tetapi kami juga harus memberikan tumpuan kepada komuniti kami yang paling mudah terjejas,” kata David Holl, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mary Kay Inc. “Kisah-kisah keluarga yang terjejas di kalangan populasi Orang Asli Amerika yang hebat di negara kita adalah amat teruk. Harapan kami agar organisasi terus menyokong Perkhidmatan Kesihatan Indian supaya pekerja barisan hadapan dapat menghentikan penyebaran itu dengan selamat dan menyediakan rawatan kepada mereka yang sudah terjejas oleh virus itu.”

Mary Kay telah menyumbang hampir 75,000 unit pensanitasi tangan kepada Perkhidmatan Kesihatan Indian (IHS), sebuah bahagian operasi di dalam Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan Amerika Syarikat. IHS bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan awam secara langsung kepada anggota suku kaum asli Amerika dan penduduk Asli Alaska yang diiktiraf. Rangkaian itu adalah penyedia penjagaan kesihatan persekutuan utama dan penyokong kesihatan bagi orang Indian, menyediakan sebuah sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh untuk kira-kira 2.6 juta orang Indian Amerika dan penduduk Asli Alaska yang tergolong kepada 574 suku kaum yang diiktiraf di 37 buah negeri oleh kerajaan persekutuan. Unit pensanitasi tangan yang disumbangkan itu telah digunakan oleh 26 hospital, 59 pusat kesihatan, dan 32 stesen kesihatan di dalam rangkaian IHS di seluruh negara.

Syarikat itu juga membekalkan unit pensanitasi tangan kepada Pusat Perubatan Gallup Indian (GIMC) untuk membantu menyokong usaha mereka bagi menghasilkan kit penjagaan kebersihan rumah dan mempromosikan kesihatan melalui bahan-bahan pendidikan. Pasukan Respons Komuniti GIMC itu menyeragamkan pengedaran bagi bahan promosi kesihatan dan kebersihan di tempat-tempat akses pesakit seperti tempat ujian pandu lalu. Promosi kesihatan akan diberikan melalui perbualan secara langsung dengan profesional perubatan dan pengedaran maklumat bertulis yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan Navajo.

“Perkhidmatan Kesihatan Indian, bersama-sama dengan rakan organisasi suku kaum dan bandar Indian kami, menyampaikan perkhidmatan penting dalam keadaan yang luar biasa,” kata Pengarah IHS Laksamana Muda Michael D. Weahkee. “Pensanitasi tangan adalah satu sumber penting untuk menghentikan penyebaran COVID-19. Kami amat berterima kasih di atas sumbangan ini dan di atas semua sumbangan yang kami terima daripada pelbagai sumber. Mereka telah melakukan perbezaan yang nyata di dalam kemampuan kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan memenuhi misi IHS dalam meningkatkan kesihatan fizikal, mental, sosial dan kerohanian bagi penduduk Indian Amerika dan Penduduk Asli Alaska semasa wabak ini.”

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menghasilkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13731http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13731

No comments:

Post a Comment