Friday, September 11, 2020

SATU LOMPATAN KUANTUM BAGI ROBOT-ROBOT PENYAHJANGKITAN KUMAN DI SELURUH DUNIA

Robot baharu itu adalah didasarkan kepada pembelajaran dan tindak balas yang besar daripada pasaran global sepanjang 5 tahun, termasuk hospital dan kumpulan pelanggan lain dengan pengalaman tahap tinggi di dalam pengawalan jangkitan. Wawasan dan pengetahuan yang mendalam ini telah didigitalkan dan dimasukkan ke dalam bentuk algoritma sehingga menghasilkan pelbagai ciri dan fungsi baharu yang kini dilancarkan dengan robot itu dan digunakan dalam pengeluaran awal di banyak tapak pelanggan di seluruh dunia. (Foto: Business Wire)


UVD Robots, pengeluar terkemuka dunia bagi robot penyahjangkitan kuman, memperkenalkan generasi ketiga bagi robot boleh gerak berautonomi mereka yang menghapuskan virus dan bakteria di udara dan di permukaan dengan menggunakan cahaya UV-C. Robot hiper pintar yang baharu itu dapat menunjukkan kepada pengguna seberapa baik ia telah menyahjangkit kuman dan sangat mudah untuk digunakan sehingga sesiapa sahaja boleh mempelajarinya dalam hanya beberapa minit.


ODENSE, Denmark, 11 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pandemik Covid-19 telah meningkatkan secara kekal keperluan kebersihan dan penyahjangkitan kuman pada satu skala global. Di lebih 60 buah negara di seluruh dunia, pengedar UVD Robots sedang mengalami permintaan yang tinggi dari hospital, lapangan terbang, hotel, pusat beli-belah, syarikat makanan, industri pembersihan, kapal persiaran, syarikat farmaseutikal, kompleks pejabat dan banyak lagi yang berusaha untuk mendapatkan penyelesaian bagi memastikan persekitaran yang bebas daripada jangkitan.

SATU LOMPATAN KUANTUM BAGI ROBOT-ROBOT PENYAHJANGKITAN KUMAN DI SELURUH DUNIA

No comments:

Post a Comment