Wednesday, September 9, 2020

NIPPON EXPRESS MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN BAGI KEPENTINGAN EKUITI DI DALAM MD LOGISTICS DAN MD EXPRESS (BERUBAH MENJADI ANAK SYARIKAT)

TOKYO, 8 Sept., 2020 /Kyodo JBN, AsiaNet/ --

 
Nippon Express Co., Ltd. (Kod No.9062, Bahagian Pertama, Bursa Saham Tokyo; kemudian dari  ini “Syarikat” itu) dengan ini mengumumkan bahawa, seperti yang diumumkan pada 22 Mei, 2020, di dalam “Pemerolehan bagi Kepentingan Ekuiti di dalam MD Logistics, Inc. dan MD Express, Inc. (Berubah menjadi sebuah Anak Syarikat),” ia telah melengkapkan pemerolehan bagi keseluruhan kepentingan ekuiti di dalam MD Logistics, LLC dan MD Express, LLC (bersama-sama, “MD Logistics”) (*Nota) melalui anak syarikat A.S. Syarikat itu, Nippon Express USA, Inc.

(*Nota) Nama dagang MD Logistics adalah MD Logistics, Inc. dan MD Express, Inc. Namun, seperti yang diumumkan sebelumnya, kedua-dua entiti tersebut telah disusun semula menjadi LLC (Syarikat Tanggungan Berhad) sebagai sebahagian daripada prosedur pemindahan bagi kepentingan ekuiti.
 
(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202008313651-O1-as4VgcCs)
 
(Foto1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202008313651/
_prw_PI2fl_V7P6n2bG.jpg
)
 
(Foto2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202008313651/
_prw_PI3fl_rcgeh2d7.jpg
)
 
 
MD Logistics, yang ditubuhkan pada tahun 1996, adalah sebuah penyedia logistik domestik bagi industri farmaseutikal dan runcit di Amerika Syarikat. Hasil MD Logistics untuk tahun fiskal yang berakhir pada Disember 2019 adalah 51 juta USD (kira-kira 5.5 bilion JPY).

Kumpulan Nippon Express sedang mengembangkan pelbagai sistem perkhidmatan logistik yang sesuai untuk industri farmaseutikal. Sebagai tambahan kepada pelaburan di dalam penyelesaian penggudangan dan penghantaran di Jepun yang mengikut standard kawalan kualiti berdasarkan kepada garis panduan Amalan Pengedaran Baik (GDP), Syarikat itu juga bekerja di luar negara untuk memperluaskan kemudahan logistik yang mematuhi garis panduan bagi pengedaran farmaseutikal yang relevan di setiap negara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13728

No comments:

Post a Comment