Tuesday, September 1, 2020

NUSCALE POWER MENCATAT SEJARAH SEBAGAI REAKTOR MODULAR KECIL YANG PERTAMA SEUMPAMANYA UNTUK MENERIMA KELULUSAN REKA BENTUK SURUHANJAYA PENGAWALSELIAAN NUKLEAR AMERIKA SYARIKAT

 


Table

Satu lukisan realistik oleh artis mengenai loji reaktor nuklear modular kecil NuScale Power. Foto ihsan oleh NuScale


Satu kejayaan penting pengawalseliaan yang signifikan dicapai ketika NuScale bersedia untuk membawa teknologi SMR mereka ke pasaran pada dekad ini


PORTLAND, Ore., 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NuScale Power hari ini mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pengawalseliaan Nuklear Amerika Syarikat (NRC) telah melengkapkan kajian semula Fasa 6 — fasa terakhir dan mutkamad — bagi Permohonan Pensijilan Reka Bentuk (DCA) untuk reaktor modular kecil (SMR) syarikat itu yang menjadi perintis dengan pengeluaran Laporan Penilaian Keselamatan Akhir (FSER). FSER melambangkan penyiapan kajian semula teknikal dan kelulusan reka bentuk SMR NuScale itu. Dengan fasa terakhir DCA NuScale ini kini selesai, pelanggan boleh meneruskan rancangan untuk membangunkan loji tenaga NuScale dengan pemahaman bahawa NRC telah meluluskan aspek keselamatan bagi reka bentuk NuScale itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200828005299/en/

“Ini adalah satu kejayaan penting bukan hanya untuk NuScale, tetapi juga bagi keseluruhan sektor nuklear Amerika Syarikat dan teknologi nuklear termaju yang lain yang akan menyusul. Ini jelas membuktikan kepimpinan NuScale dan Amerika Syarikat di dalam perlumbaan untuk membawa SMR ke pasaran. Kelulusan bagi reka bentuk NuScale itu adalah satu pencapaian yang luar biasa dan kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada NRC di atas kajian semula mereka yang komprehensif, kepada Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE) di atas komitmen mereka yang berterusan terhadap perkongsian swasta-awam kami yang berjaya untuk membawa SMR yang pertama bagi negara itu ke pasaran, dan kepada ramai individu lain yang telah mengabdikan begitu banyak waktu untuk menjadikan detik yang sangat luar biasa ini menjadi satu kenyataan,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif NuScale John Hopkins. “Selain itu, pendanaan berkongsi kos yang diberikan oleh Kongres sepanjang beberapa tahun yang lalu telah mempercepatkan kemajuan NuScale melalui proses Pensijilan Reka Bentuk NRC. Inilah apa Program SMR oleh DOE direka untuk melakukan, dan kejayaan kami disokong oleh sokongan dwipartisan yang kuat daripada Kongres.”

DCA NuScale telah disiapkan pada Disember 2016 dan diterima oleh NRC pada Mac 2017. Proses kajian semula itu menunjukkan kesederhanaan bagi reka bentuk SMR NuScale dan ketelitian bagi permohonan syarikat itu. Sebagai satu contoh, semasa proses kajian semula Fasa 1 yang ketat, termasuk 115,000 jam yang dihabiskan untuk mengkaji semula DCA itu, NRC telah mengeluarkan permintaan yang jauh lebih sedikit untuk mendapatkan maklumat tambahan berbanding dengan aplikasi pensijilan reka bentuk yang lain. NuScale telah menghabiskan lebih $500 juta, dengan sokongan Fluor, dan lebih 2 juta jam waktu kerja untuk membangunkan maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan permohonan DCA mereka. Syarikat itu juga menyerahkan 14 Laporan Topikal yang berasingan selain lebih 12,000 halaman untuk permohonan DCA mereka dan memberikan lebih 2 juta halaman maklumat sokongan untuk audit NRC.

“NRC mengambil dengan tangan terbuka cabaran untuk mengkaji semila reaktor modular kecil DCA yang pertama itu, yang pada masa itu tidak hanya menandakan satu tonggak penting untuk NuScale, tetapi juga bagi industri nuklear secara keseluruhan. NuScale menghargai dedikasi, masa, dan usaha NRC sepanjang proses bertahun-tahun ini, selalunya dengan kajian semula diselesaikan lebih awal dari jadual. Sebagai seorang bekas pekerja NRC, termasuk sebagai seorang eksekutif di Pejabat Reaktor Baharu, saya boleh mengatakan bahawa pengeluaran awal bagi FSER adalah benar-benar merupakan penghargaan kepada semua orang di NRC — termasuk kajian semula teknikal dan kakitangan projek, pengurusan, dan Suruhanjaya itu,” kata Naib Presiden bagi Hal Ehwal Pengawalseliaan NuScale Tom Bergman.

NuScale terus mengekalkan momentum program yang mantap ke arah pengkomersialan bagi teknologi SMR mereka, termasuk pembangunan rantaian bekalan, reka bentuk kilang standard, perancangan bagi aktiviti penyampaian kilang, dan pelan permulaan dan pentauliahan. Minat pelanggan domestik dan antarabangsa bagi bidang-bidang syarikat itu terus berkembang dari mereka yang melihat loji kuasa NuScale sebagai satu penyelesaian jangka panjang untuk menyediakan tenaga bebas karbon yang boleh dipercayai, selamat, mampu milik, dan fleksibel untuk beroperasi bagi pelbagai aplikasi. NuScale telah menandatangani perjanjian dengan entiti di Amerika Syarikat, Kanada, Romania, Republik Czech, dan Jordan. Perjanjian serupa dengan entiti lain sedang dirundingkan.

​​​​​Maklumat mengenai NuScale Power

NuScale Power telah membangunkan sebuah loji tenaga nuklear reaktor air ringan modular yang baharu untuk membekalkan tenaga bagi penjanaan elektrik, pemanasan daerah, penyahgaraman, dan aplikasi haba proses yang lain. Reka bentuk reaktor modular kecil (SMR) yang canggih ini menampilkan sebuah NuScale Power Module™ yang direka di kilang yang mampu menjanakan 60 MW elektrik dengan menggunakan sebuah versi teknologi reaktor air bertekanan yang lebih selamat, lebih kecil dan berskala. Reka bentuk berskala NuScale — sebuah loji kuasa dapat memuatkan hingga 12 modul kuasa individu — menawarkan kelebihan tenaga tanpa karbon dan mengurangkan komitmen kewangan yang dikaitkan dengan kemudahan nuklear bersaiz gigawatt. Pelabur majoriti di NuScale adalah Fluor Corporation, sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan, dan pembinaan global dengan mempunyai sejarah selama 60 tahun di dalam kuasa nuklear komersial.

NuScale beribu pejabat di Portland, OR dan mempunyai pejabat di Corvallis, OR; Rockville, MD; Charlotte, NC; Richland, WA; dan London, United Kingdom. Ikuti kami di Twitter: @NuScale_Power, Facebook: NuScale Power, LLC, LinkedIn: NuScale-Power, dan Instagram: nuscale_power. NuScale mempunyai sebuah logo, jenama, dan laman web baharu. Saksikan video pendek itu.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200828005299/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Diane Hughes, Naib Presiden NuScale, Pemasaran & Komunikasi
dhughes@nuscalepower.com
(C) 503-270-9329

Sumber : NuScale Power

No comments:

Post a Comment