Tuesday, September 15, 2020

FLOWSERVE CORPORATION MENGUMUMKAN PERMULAAN UNTUK TAWARAN TENDER BAGI 1.250% NOT SENIOR MEREKA YANG MATANG PADA 2022

 DALLAS, 15 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Flowserve Corporation (NYSE: FLS) (“Pemberi Tawaran” itu), sebuah penyedia terkemuka bagi produk dan perkhidmatan kawalan aliran untuk pasaran infrastruktur global, telah mengumumkan satu tawaran untuk membeli dengan tunai (tawaran tersebut, “Tawaran” itu) bagi mana-mana dan kesemua 1.250% Not Senior mereka yang tertunggak yang bakal matang pada 17 Mac, 2022 (“Not” itu) dari pemegang bagi Not itu (masing-masing, “Pemegang Not” dan, secara kolektif, “Pemegang Not” itu). Mengenai terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Memorandum Tawaran Tender yang bertarikh 14 September, 2020 (kerana ia mungkin ditambah atau diubah dari semasa ke semasa) (“Memorandum Tawaran Tender” itu), termasuk pemberitahuan yang disertakan mengenai pengiriman yang dijamin (“Pemberitahuan Pengiriman yang Dijamin”), termasuk kepuasan (atau penepian) bagi Syarat Terbitan Baharu (seperti yang dijelaskan di sini), Pemberi Tawaran itu telah melancarkan satu undangan kepada Pemegang Not (tertakluk kepada “Sekatan Tawaran dan Pengedaran” di dalam Memorandum Tawaran Tender itu) untuk mengemukakan tender bagi Not mereka bagi dibeli pada Harga Pembelian. Istilah dengan huruf besar yang digunakan di dalam pengumuman ini tetapi tidak ditakrifkan di sini mempunyai makna yang diberikan kepada mereka dalam Memorandum Tawaran Tender itu.

 
Salinan bagi Memorandum Tawaran Tender itu dan Pemberitahuan bagi Pengiriman yang Dijamin tersedia untuk Pemegang Not di alamat Internet yang berikut: http://www.lucid-is.com/flowserve.
 
Tawaran itu akan berakhir pada pukul 5:00 petang (Waktu New York) pada 21 September, 2020 (“Tarikh Akhir Tamat Tempoh”) kecuali dilanjutkan, dibuka semula, ditarik balik atau ditamatkan atas budi bicara oleh Pemberi Tawaran itu.

Table

Syarat Terbitan Baharu
 
Sebagai tambahan, Pemberi Tawaran itu mengumumkan pada 14 September, 2020, hasrat mereka untuk menerbitkan not kadar tetap dolar A.S. yang baharu (“Not Baharu” itu). Pembelian bagi mana-mana Not oleh Pemberi Tawaran menurut dengan Tawaran itu adalah tertakluk kepada kejayaan penyempurnaan bagi penawaran Not Baharu itu, mengikut terma dan syarat yang memuaskan kepada Pemberi Tawaran itu, mengikut budi bicara mutlaknya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, amaun bagi hasil kasar yang diterima oleh Pemberi Tawaran itu apabila terbitnya Not Baharu itu yang mencukupi untuk membiayai pembelian bagi amaun pokok agregat bagi Not itu yang dilelong secara sah dan tidak ditarik balik secara sah pada atau sebelum Tarikh Akhir Tamat Tempoh (“Syarat Terbitan Baharu” itu) atau penepian bagi Syarat Terbitan Baharu tersebut mengikut budi bicara Pemberi Tawaran.
 
Rasional bagi Tawaran itu
 
Tujuan bagi Tawaran itu, bersamaan dengan cadangan penerbitan Not Baharu itu, adalah untuk menguruskan profil hutang keseluruhan bagi Pemberi Tawaran secara proaktif dan untuk memperluaskan profil kematangan hutang bagi Pemberi Tawaran (tertakluk pada kepuasan bagi Syarat Terbitan Baharu itu).

Butiran bagi Tawaran itu

Tertakluk kepada Denominasi Minimum berkenaan dengan Not itu, harga yang harus dibayar bagi setiap €1,000 dalam jumlah pokok bagi Not itu yang diterima untuk pembelian akan menjadi €1,000 (“Harga Pembelian” itu). Berhubung mana-mana Not yang diterima untuk pembelian, Pemberi Tawaran itu juga akan membayar satu jumlah yang bersamaan dengan faedah terakru dan belum dibayar pada Not yang relevan dari, dan termasuk, tarikh pembayaran faedah untuk Not itu tepat sebelum Tarikh Penyelesaian sehingga, tetapi tidak termasuk, Tarikh Penyelesaian, yang dijangka pada 23 September, 2020 (“Tarikh Penyelesaian” itu).
 
Not yang dibeli semula akan dibatalkan. Not yang belum ditender secara sah pada atau sebelum Tarikh Akhir Tamat Tempoh dan diterima untuk pembelian menurut Tawaran itu akan kekal tertunggak selepas Tarikh Penyelesaian.

Jadual Waktu Indikatif bagi Tawaran itu

Table

Kecuali dinyatakan, pengumuman berkaitan dengan Tawaran itu akan dibuat dengan pengiriman pemberitahuan kepada Sistem Penjelasan untuk komunikasi kepada Peserta secara Langsung. Pengumuman juga dapat dilakukan dengan mengeluarkan satu siaran media kepada satu atau lebih Perkhidmatan Berita Pemberitahuan. Salinan bagi semua pengumuman, pemberitahuan dan siaran media juga boleh didapati dari Ejen Tender dan Maklumat. Kelewatan yang ketara mungkin dialami di mana pemberitahuan dihantar kepada Sistem Penjelasan dan Pemegang Not diminta untuk menghubungi Ejen Tender dan Maklumat bagi pengumuman yang relevan semasa tempoh Tawaran itu.

Arahan Tender
 
Tawaran bagi Not itu untuk pembelian semula oleh Pemberi Tawaran menurut Tawaran itu hanya boleh dilakukan dengan mengemukakan satu Arahan Tender yang sah. Pemberi Tawaran itu tidak berkewajiban untuk menerima bagi membeli mana-mana Not yang ditender berdasarkan dengan Tawaran itu. Penerimaan untuk pembelian oleh Pemberi Tawaran Not yang ditenderkan berdasarkan dengan Tawaran itu adalah di atas pertimbangan tunggal dan mutlak Pemberi Tawaran itu dan tender boleh ditolak oleh Pemberi Tawaran bagi sebarang alasan. Pemberi Tawaran itu berhak, atas budi bicara mutlak mereka, untuk melanjutkan, membuka semula, menarik balik atau menghentikan Tawaran itu dan untuk meminda atau mengetepikan mana-mana terma dan syarat bagi Tawaran itu pada bila-bila masa setelah pengumuman Tawaran itu. Butiran bagi mana-mana sambungan, pembukaan semula, penarikan, penamatan, pindaan atau penepian akan diberitahu kepada Pemegang Not secepat mungkin setelah keputusan tersebut.
 
Untuk mengemukakan tender bagi Not untuk pembelian berdasarkan Tawaran itu, seorang pemegang Not harus menyerahkan, atau mengatur pengirimannya bagi pihak dirinya, melalui Sistem Penjelasan yang relevan dan sesuai dengan keperluan Sistem Penjelasan tersebut, satu Arahan Tender yang sah yang diterima di setiap kes oleh Ejen Tender dan Maklumat menjelang Tarikh Akhir Tamat Tempoh.
 
Arahan Tender mesti diserahkan berhubung dengan jumlah pokok bagi Not tidak kurang dari Minimum Denominasi, iaitu €100,000 dan boleh diserahkan dalam gandaan integral sebanyak €1,000 selepas itu.
 
Pemegang Not dinasihatkan untuk menyemak dengan mana-mana bank, broker sekuriti atau Perantara lain di mana mereka memegang Not apabila Perantara sedemikian perlu menerima arahan daripada Pemegang Not agar Pemegang Not dapat ikut serta, atau menarik balik arahan mereka untuk turut serta, Tawaran itu sebelum tarikh akhir yang dinyatakan di atas. Tarikh akhir yang ditetapkan oleh mana-mana Perantara dan setiap Sistem Penjelasan untuk penyerahan dan penarikan bagi Arahan Tender akan lebih awal daripada tarikh akhir yang dinyatakan di atas.
 
Pemegang Not dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Memorandum Tawaran Tender itu untuk butiran lengkap dan maklumat mengenai prosedur untuk menyertai di dalam Tawaran itu.
 
BofA Securities, Inc. bertindak sebagai pengurus peniaga tunggal (“Pengurus Peniaga”) untuk Tawaran itu dan Lucid Issuer Services Limited bertindak sebagai ejen tender dan maklumat (“Ejen Tender dan Maklumat”).

Pertanyaan dan permintaan bagi bantuan berkaitan dengan Tawaran itu boleh ditujukan kepada Pengurus Peniaga di talian +44 207 996 5420, +1 (888) 292-0070 (bebas tol A.S.), +1 (980) 387-3907 (pindah bayaran A.S. ) atau DG.LM-EMEA@bofa.com.

Pertanyaan dan permintaan bagi bantuan berkaitan dengan penyampaian Arahan Tender boleh ditujukan kepada Ejen Tender dan Maklumat di +44 20 7704 0880 atau flowserve@lucid-is.com.

Salinan bagi Memorandum Tawaran Tender dan Pemberitahuan bagi Pengiriman yang Dijamin tersedia untuk Pemegang Not di alamat Internet berikut: http://www.lucid-is.com/flowserve.

PENAFIAN:
 
Pengumuman ini tidak mengandungi atau merupakan satu tawaran, atau permintaan bagi satu tawaran, untuk membeli, menjual atau melanggan Not itu, Not Baharu itu atau sekuriti lain di Amerika Syarikat atau bidang kuasa yang lain. Pengumuman ini harus dibaca bersama dengan Memorandum Tawaran Tender. Pengumuman ini dan Memorandum Tawaran Tender mengandungi maklumat penting yang harus dibaca dengan teliti sebelum sebarang keputusan dibuat berkenaan dengan Tawaran itu. Sekiranya anda ragu-ragu mengenai isi pengumuman ini, Tawaran itu, Memorandum Tawaran Tender itu atau tindakan yang harus anda lakukan, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat kewangan dan perundangan anda sendiri, termasuk nasihat cukai yang berkaitan dengan akibat cukai, dengan kadar segera dari broker anda, pengurus bank, peguam cara, akauntan atau penasihat kewangan atau undang-undang bebas yang lain. Mana-mana individu atau syarikat yang Not disimpan bagi pihaknya oleh broker, peniaga, bank, penjaga, syarikat amanah atau penama atau perantara lain mesti menghubungi entiti tersebut sekiranya ingin mengambil bahagian di dalam Tawaran itu.
 
Tidak ada satu pun dari Pemberi Tawaran, Pengurus Peniaga dan Ejen Tender dan Maklumat atau pemegang amanah di bawah indentur yang menyelia Not itu (“Pemegang Amanah” itu), atau mana-mana pengarah, pegawai, pekerja, ejen atau sekutu masing-masing, membuat sebarang perwakilan atau cadangan walau apa pun berhubung pengumuman ini, Memorandum Tawaran Tender, Tawaran itu atau sebarang cadangan sama ada Pemegang Not harus mengemukakan Not di dalam Tawaran itu atau mengambil bahagian di dalam Tawaran itu atau melanggan Not Baharu itu.
 
Tidak ada Pemberi Tawaran, Pengurus Peniaga dan Ejen Tender dan Maklumat, Pemegang Amanah, atau mana-mana pengarah, pegawai, pekerja, ejen atau sekutu masing-masing, yang bertanggungjawab bagi ketepatan atau kelengkapan maklumat mengenai Pemberi Tawaran, Not, Tawaran itu atau Not Baharu yang terkandung di dalam pengumuman ini atau di dalam Memorandum Tawaran Tender itu. Tidak ada Pengurus Peniaga, Ejen Tender dan Maklumat, Pemegang Amanah, atau mana-mana pengarah, pegawai, pekerja, ejen atau sekutu masing-masing yang bertindak untuk mana-mana Pemegang Not, atau akan bertanggungjawab kepada mana-mana Pemegang Not untuk memberikan perlindungan yang akan diberikan kepada pelanggan mereka atau untuk memberikan nasihat berhubung dengan Tawaran itu, dan oleh itu tidak ada Pengurus Peniaga, Ejen Tender dan Maklumat, Pemegang Amanah atau mana-mana pengarah, pegawai, pekerja, ejen atau sekutu masing-masing) yang memikul tanggungjawab untuk sebarang kegagalan oleh Pemberi Tawaran untuk mendedahkan maklumat berkenaan dengan Tawaran atau Not itu yang penting dalam konteks Tawaran itu dan yang sebaliknya yang tidak disediakan untuk umum.

TAWARAN DAN SEKATAN PENGEDARAN
 
Baik pengumuman ini mahupun Memorandum Tawaran Tender itu tidak menjadi satu undangan untuk mengambil bahagian di dalam Tawaran itu di mana-mana bidang kuasa di mana, atau kepada mana-mana orang kepada atau dari siapa, adalah tidak sah untuk membuat undangan tersebut atau jika ada penyertaan tersebut di bawah undang-undang sekuriti yang terima pakai. Pengedaran pengumuman ini dan Memorandum Tawaran Tender di bidang kuasa tertentu mungkin dibatasi oleh undang-undang. Orang yang memiliki pengumuman ini atau Memorandum Tawaran Tender adalah disyaratkan oleh setiap Pemberi Tawaran, Pengurus Peniaga dan Ejen Tender dan Maklumat untuk memaklumkan kepada diri mereka tentang dan untuk mematuhi apa-apa sekatan tersebut.

Maklumat mengenai Flowserve: Flowserve Corp. adalah satu daripada penyedia terkemuka di dunia bagi produk dan perkhidmatan pergerakan dan kawalan cecair.  Beroperasi di lebih dari 55 buah negara, syarikat itu menghasilkan pam, bahan tampal dan injap kejuruteraan dan perindustrian serta pelbagai perkhidmatan pengurusan aliran yang berkaitan. Maklumat lanjut mengenai Flowserve boleh diperolehi dengan melayari laman web syarikat itu di www.flowserve.com.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan: Pengumuman ini termasuk kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Perkataan atau frasa seperti "boleh", "seharusnya", "menjangka," "dapat," "bermaksud," "merancang," "menjangkakan," "anggaran," "percaya," "ramalan," "meramalkan" atau ungkapan lain yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang termasuk, tanpa had, ramalan pendapatan, kenyataan yang berkaitan dengan strategi perniagaan kami dan kenyataan bagi jangkaan, kepercayaan, rancangan dan strategi masa depan dan jangkaan perkembangan mengenai industri, perniagaan, operasi dan prestasi kewangan kami dan keadaan.
 
Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang termasuk di dalam pengumuman ini adalah didasarkan kepada jangkaan, unjuran, anggaran dan andaian semasa kami. Kenyataan ini adalah sekadar ramalan, bukan jaminan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang sukar untuk diramalkan. Risiko dan ketidakpastian ini boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada apa yang diramalkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan, dan termasuk, tanpa had, perkara berikut: kenyataan yang berkaitan dengan jangkaan masa, terma muktamad dan penyelesaian bagi Tawaran itu dan kenyataan yang sama yang membabitkan jangkaan dan peristiwa masa depan yang diramalkan yang berfakta sejarah.
 
Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang termasuk di dalam pengumuman ini adalah didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut, dan kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200914005559/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Lars Rosene, Naib Presiden, Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam, (972) 443-6644

Sumber : Flowserve Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment