Friday, September 18, 2020

SK MAGIC MENANG PINGAT EMAS DI IDEA 2020 UNTUK MESIN PENCUCI PINGGAN MANGKUK DENGAN PENJAGAAN BERGANDA (TRIPLE CARE DISHWASHER)

Triple Care Dishwasher SK Magic memenangi Pingat Emas di IDEA 2020. Triple Care Dishwasher adalah model mesin pencuci pinggan mangkuk generasi ketiga yang menawarkan bukan sahaja pencucian pinggan mangkuk dan pengeringan tetapi juga fungsi penjagaan dan penyimpanan. Dengan reka bentuk yang bersih dan linier, ia diciptakan dengan imej yang lebih canggih dan profesional dengan mencerminkan konsep produk untuk berfungsi juga sebagai penyimpanan. Satu lagi unsur yang dinilai sangat tinggi semasa anugerah tersebut ialah reka bentuk produk yang menyerupai almari mewah untuk memberikan kesan hiasan dalaman untuk dapur. Triple Care Dishwasher menjadi mesin basuh pinggan pertama di dunia yang diberi penghargaan dengan Pingat Emas IDEA, hadiah pertama dalam kategori Peralatan Rumah/Dapur. (Grafik: Business Wire)


 - SK Magic membuktikan daya saing reka bentuk bertaraf dunia di IDEA 2020, salah satu daripada tiga anugerah reka bentuk terunggul di dunia
- Triple Care Dishwasher, mesin pencuci pinggan mangkuk pertama di dunia yang memenangi Pingat Emas IDEA, Hadiah Pertama, dalam kategori Peralatan Rumah/Dapur
- Rangkaian Induksi Lentur Berganda yang akan dikeluarkan pada bulan Oktober dan Rangkaian Ketuhar Semua-Dalam-Satu juga menjadi finalis
- "Akan terus memperkenalkan produk yang mencerminkan falsafah reka bentuk SK Magic yang berbeza"


SEOUL, Korea Selatan, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SK Magic membuktikan kekuatan reka bentuk bertaraf dunianya sekali lagi.

Siaran akhbar ini menampilkan multimedia. Lihat siaran penuh di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200916006034/en/

Menurut SK Magic (Ketua Pegawai Eksekutif Ryu Kwon-ju) pada 17hb, Triple Care Dishwasher memenangi Pingat Emas IDEA, dan Rangkaian Induksi Lentur Berganda dan Rangkaian Ketuhar Semua-Dalam-satu menjadi finalis di IDEA 2020, salah satu daripada tiga anugerah reka bentuk terunggul dunia.

IDEA (Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk Antarabangsa) yang dihoskan oleh IDSA (Persatuan Reka Bentuk Industri Amerika) adalah salah satu anugerah reka bentuk paling berprestij di dunia. Ia diadakan buat kali ke-40 tahun ini. Dari bukan sahaja produk yang baru dikeluarkan, tetapi juga produk yang dijadualkan untuk dilancarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang, produk yang cemerlang dipilih setiap tahun melalui penilaian komprehensif terhadap kualiti reka bentuk, kesesuaian bahan, inovasi, pertimbangan persekitaran, fungsi, kemudahan penggunaan, kesan estetika, kestabilan, dan ketahanan.

SK Magic memasuki IDEA 2020 dengan Triple Care Dishwasher, yang telah diakui untuk daya saing teknologi dan reka bentuk bertaraf dunianya dengan memenangi hadiah berturut-turut pada Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2020, anugerah reka bentuk yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan Anugerah Inovasi Antarabangsa CES 2020 (Pertunjukan Elektronik Pengguna), pameran perdagangan terbesar di dunia untuk perkakas rumah. Triple Care Dishwasher menjadi mesin basuh pinggan mangkuk pertama di dunia yang diberi penghargaan dengan IDEA Gold Medal, hadiah pertama dalam kategori Peralatan Rumah/Dapur.

Dilancarkan pada bulan Januari, Triple Care Dishwasher adalah model mesin pencuci pinggan generasi ketiga yang menawarkan bukan sahaja pencucian pinggan dan pengeringan tetapi juga fungsi penjagaan dan penyimpanan. Dengan reka bentuk yang bersih dan linier, ia diciptakan dengan imej yang lebih canggih dan profesional dengan mencerminkan konsep produk untuk berfungsi juga sebagai penyimpanan. Unsur lain yang dinilai sangat tinggi pada anugerah tersebut ialah reka bentuk produk yang menyerupai almari mewah untuk memberikan kesan hiasan dalaman untuk dapur.

Rangkaian Induksi Lentur Berganda SK Magic dan Rangkaian Ketuhar Semua-Dalam-Satu juga dipilih sebagai finalis, membuktikan kekuatan reka bentuk bertaraf dunia syarikat.

Dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan Oktober, Rangkaian Induksi Lentur Berganda dicirikan dengan ciri reka bentuk untuk menggabungkan dua pembakar supaya kuali lebih lebar dan berbentuk persegi dapat digunakan dengan selesa dalam memasak. Keputusan SK Magic untuk menerapkan kaca berwarna Sahara Biru yang bergaya sebagai yang pertama dalam industri untuk mengejar penampilan yang segar namun canggih berfungsi dengan berkesan di anugerah tersebut.

Walaupun saiznya ringkas, Rangkaian Ketuhar Semua-Dalam-Satu memainkan beberapa peranan sebagai ketuhar, ketuhar gelombang mikro, dan penggoreng udara. Oleh kerana produk ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi, UI (antara muka pengguna) dioptimumkan dan reka bentuk yang bersih dan lurus dipadankan dengan palet warna sederhana, yang memenangi mata tinggi semasa anugerah itu.

"Pencapaian untuk memenangi Anugerah IDEA adalah hasil dari kekuatan teknologi canggih kami yang dipadankan dengan reka bentuk yang berbeza," kata Shin Dong-ju, ketua Pasukan Reka Bentuk SK Magic. Shin menambah, "SK Magic akan terus berusaha memperkenalkan produk yang mencerminkan falsafah reka bentuk kami yang berbeza."

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200916006034/en/

Hubungi

SK Magic
Lee Jihwan
+82-2-6740-7377
jihwan.lee2@sk.com

Sumber : SK Magic Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment