Wednesday, September 2, 2020

FEATURESPACE DINAMAKAN DALAM SENARAI SYARIKAT PERMULAAN PALING PANTAS BERKEMBANG BAGI CB INSIGHTS FINTECH 250 UNTUK TAHUN 2020

 - Syarikat diberi penghormatan di atas pencapaian dalam mengesan dan mencegah jenayah kewangan perusahaan -


ATLANTA, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Featurespace, penyedia terkemuka bagi perisian pencegahan Jenayah Kewangan Perusahaan, telah dinamakan oleh CB Insights pada Fintech 250 tahunan mereka yang ketiga, satu senarai berprestij bagi syarikat-syarikat persendirian yang baru muncul yang berusaha pada teknologi kewangan yang berinovatif.

“Kami sangat berbangga, sekali lagi, untuk mengiktiraf 250 syarikat fintech persendirian terbaik di seluruh dunia. Fintech 250 tahun ini mewakili 25 buah negara dan merangkumi 19 kategori – membayangkan semula segalanya dari perbankan runcit dan kripto, kepada insurans dan pengurusan aset,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CB Insights, Anand Sanwal.

Featurespace telah dipilih kerana penggunaannya bagi pembelajaran mesin dan Analitik Tingkah Laku Mudah Suai dalam mewujud dan mengekalkan Hab Risiko ARIC mereka: sebuah platform berinovatif yang menggunakan pengesanan anomali yang termaju dan boleh dijelaskan bagi membolehkan institusi kewangan untuk mengenal pasti risiko secara automatik, mengesan serangan penipuan baharu dan mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan dalam tepat masa.

“Serangan penipu kini semakin canggih dalam mensasarkan urus niaga merentasi setiap saluran, dan semua titik bagi interaksi dengan pedagang, syarikat pembayaran dan institusi kewangan. Ini adalah satu cabaran yang harus ditangani secara holistik dan dengan sebuah teknologi yang berkembang bersama ancaman,” kata Dave Excell, pengasas bagi Featurespace. “Semangat inovasi inilah yang mendorong kami untuk menjadi pemimpin di dalam industri kami dan ia adalah merupakan satu penghormatan untuk diiktiraf di dalam Fintech 250 sebagai antara yang berkongsi keghairahan itu.”

Sanwal seterusnya berkata, “Kelas Fintech 250 sebelum ini telah mengumpulkan lebih $22 bilion dalam pembiayaan pelabur dan menyaksikan lebih 20 telah keluar setelah mendapat pengiktirafan, dan kami menjangkakan bahawa kelas tahun ini akan mempunyai kejayaan yang sama ketika mereka terus mengubah cara orang, dan perniagaan berbelanja, menyimpan, meminjam, dan melaburkan wang mereka.”

Melalui satu pendekatan yang berasaskan bukti, Unit Kecerdasan CB Insights telah memilih Fintech 250 daripada satu kumpulan terdiri daripada 16,000 buah syarikat, termasuk pemohon dan penama, berdasarkan kepada beberapa faktor. Faktor-faktor ini termasuk aktiviti paten, kualiti pelabur, analisis sentimen berita, skor Mozek proprietari, potensi pasaran, perkongsian, landskap daya saing, kekuatan pasukan, dan kebaharuan teknologi. Skor Mozek itu, yang didasarkan kepada algoritma CB Insights, mengukur keseluruhan kesihatan dan potensi pertumbuhan bagi syarikat persendirian untuk membantu meramalkan momentum sesebuah syarikat.

Maklumat mengenai CB Insights

Di CB Insights, kami percaya bahawa persoalan perniagaan strategik yang paling kompleks dapat dijawab dengan fakta. Kami adalah sebuah syarikat kecerdasan mesin yang mensintesis, menganalisis dan memvisualisasikan berjuta-juta dokumen untuk memberi pelanggan kami dengan pandangan yang pantas berdasarkan kepada fakta. Dengan memberi perkhidmatan kepada sebahagian besar syarikat Fortune 100, kami memberikan syarikat-syarikat dengan kuasa untuk membuat keputusan yang lebih baik, mengendalikan masa depan mereka sendiri, dan memanfaatkan perubahan.

Maklumat mengenai Featurespace – www.featurespace.com

Featurespace™ adalah peneraju dunia di dalam pencegahan jenayah kewangan perusahaan untuk penipuan dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Featurespace mencipta Analitik Tingkah Laku Mudah Suai dan mewujudkan platform ARIC, sebuah perisian pembelajaran mesin tepat masa yang mencatatkan skor risiko di lebih 180 buah negara untuk mencegah penipuan dan jenayah kewangan.

Hab Risiko ARIC menggunakan pengesanan anomali termaju yang boleh dijelaskan untuk membolehkan institusi kewangan secara automatik mengenal pasti risiko, mengesan serangan penipuan baharu dan mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan secara tepat masa. Lebih daripada 30 institusi kewangan global utama menggunakan ARIC untuk melindungi perniagaan mereka dan pelanggan mereka. Pelanggan yang diumumkan secara awam termasuk HSBC, TSYS, Worldpay, Kumpulan NatWest, Contis, Bank Danske, ClearBank dan Permanent TSB.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200901005738/en/

Hubungi

Keith Swiader, CB Insights
Pengurus Perhubungan Awam
keith.swiader@cbinsights.com

Michael Touchton, Featurespace
Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi
Michael.touchton@featurespace.com
+1 (423) 364-5491

Sumber : Featurespace

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment