Friday, September 4, 2020

Penganjur Bagi "Cabaran Inovasi Global 2021" -- Anugerah Robot Bantuan Kehidupan -- Mula Menerima Penyertaan Pada 1 Sept.

 TOKYO, 4 Sept., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ —

– Bertekad untuk Membantu Orang yang Mengalami Kecacatan Kaki Merealisasikan Keinginan mereka untuk Berdiri dan Berjalan Dengan Sendiri –

Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global telah melancarkan “Cabaran Inovasi Global 2021 — Anugerah Robot Bantuan Kehidupan” di bawah tema memastikan bantuan kehidupan bagi orang kurang upaya dengan tujuan untuk mencapai sebuah masyarakat di mana orang tidak perlu sedar tentang kecacatan.

(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106211/202008313660/
_prw_PI1fl_hHEiIH91.jpg
)


(Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106211/202008313660/
_prw_PI2fl_KN0vA3d4.jpg
)


Inisiatif Cabaran Inovasi Global
– Membantu orang yang mengalami kecacatan kaki merealisasikan keinginan mereka untuk berdiri dan berjalan dengan sendiri

Terdapat semakin ramai orang di dunia yang memerlukan bantuan kehidupan disebabkan oleh lanjut usia, penyakit dan kecederaan yang mereka alami di dalam kemalangan, antara faktor lain. Walaupun kedua-dua penyedia dan penerima bantuan perlu untuk memikul beban mental, fizikal dan kewangan tertentu, pelabur tidak semestinya ghairah untuk melabur di dalam pembangunan robot bagi kesihatan dan kebajikan oleh kerana pasaran bagi bidang ini adalah agak kecil.

– Struktur sosial yang menjadikannya sukar untuk mencapai keseimbangan permintaan-bekalan bagi opsyen baharu untuk membantu orang kurang upaya memperluaskan skop kehidupan mereka

Pembaikan bagi infrastruktur awam dan penggalakan bagi akses tanpa halangan kini membolehkan orang yang mengalami kecacatan kaki untuk menjalani kehidupan seharian mereka dengan sendiri setakat yang tertentu jika mereka mempunyai kerusi roda. Namun, aktiviti mereka adalah terbatas di kawasan di mana sesuatu persekitaran belum cukup dibangunkan. Sebagai contoh, jika orang yang mengalami kecacatan kaki berkunjung ke rumah rakan mereka yang tidak dijadikan bebas halangan seperti kediaman mereka sendiri, aktiviti mereka akan terhalang. Mereka boleh berjalan dengan menggunakan kerusi roda, menerima bantuan daripada orang lain dan menggunakan peralatan sokongan untuk berjalan, tetapi kebanyakan daripada mereka mempunyai keinginan untuk berdiri dan berjalan dengan sendiri. Tidak kira sama ada infrastruktur awam yang mencukupi telah dibina dan akses tanpa halangan tersedia, penganjur bagi inisiatif itu percaya bahawa robot yang membantu orang berjalan dengan sendiri akan membolehkan mereka yang mengalami kecacatan kaki untuk menikmati kehidupan harian yang lebih bebas dalam cara mereka sendiri dengan lebih lanjut.

– Penubuhan Anugerah Robot Bantuan Kehidupan

Anugerah Robot Bantuan Kehidupan itu telah diwujudkan untuk memastikan bahawa robot-robot berinovatif yang membantu orang dalam kerusi roda menggunakan sepenuhnya baki fungsi mereka untuk berjalan dengan sendiri akan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Anugerah itu akan menyokong mereka yang terlibat di dalam penyelidikan dan pembangunan robot sedemikian di seluruh dunia.

– Perutusan dari Tatsufumi Kamimura, pengerusi bagi Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global

“Sains dan teknologi sentiasa bergerak maju. Telefon pintar telah merealisasikan banyak perkara yang sebelum ini dianggap sebagai mimpi. Kehidupan seharian kita dan aktiviti perniagaan bergerak pada kadar yang semakin pesat dan kita hidup di dalam sebuah dunia di mana kita boleh mencuba perkara-perkara baharu. Walau bagaimanapun, apabila orang menjadi kurang upaya secara fizikal disebabkan oleh kemalangan atau penyakit, mereka mendapati sukar untuk menjalani kehidupan biasa.

“Kami telah mewujudkan anugerah ini kerana kami percaya bahawa kami dapat mewujudkan sebuah dunia di mana orang ramai tidak perlu sedar tentang kecacatan dengan menerapkan sains dan teknologi yang berkembang kepada bidang kesihatan dan kebajikan dan menyokong jurutera di dalam bidang ini.

“Kami akan gembira sekiranya penghargaan ini membantu mereka yang terlibat di dalam penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia.”

– Gambaran keseluruhan bagi Cabaran Inovasi Global – Anugerah Robot Bantuan Kehidupan

Anugerah ini diberikan kepada organisasi yang membangunkan robot yang membantu orang yang mengalami kecacatan kaki untuk berjalan dengan sendiri. Secara khusus, jawatankuasa itu akan mengesyorkan organisasi yang telah membangunkan robot yang membolehkan orang yang mengalami kecacatan kaki untuk berjalan dengan sendiri dan menyokong pergerakan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi, hadiah wang akan diberikan kepada organisasi seperti itu untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan mereka.

Kelayakan:
Organisasi yang membangunkan robot yang membantu orang yang anggota bawah mereka lumpuh untuk berjalan dengan sendiri.

Kriteria bagi pemilihan:
Penganjur akan menetapkan tujuh adegan andaian mengenai kehidupan seharian dan menilai sama ada robot yang menyertai pertandingan itu dapat membolehkan orang kurang upaya secara fizikal berjalan dengan sendiri dalam setiap adegan itu.

Jumlah hadiah wang:
Mencapai satu daripada tugas yang diberikan / mencapai sebahagian daripada tugas yang diberikan / mencapai kesemua tugas yang diberikan
Jumlah keseluruhan 1 juta dolar Amerika (kira-kira 100 juta yen)

Jadual:
Tempoh bagi penyertaan: dari 1 September, 2020, sehingga 28 Februari, 2021
Pengumuman bagi keputusan penyaringan: 1 Julai, 2021
Upacara penganugerahan & demonstrasi bagi robot pemenang hadiah: 5 September, 2021 (belum ditetapkan) di Pusat Inovasi GIC Tsukuba
* Semua jadual dalam siaran media ini adalah berdasarkan pada Waktu Standard Jepun (JST, UTC+9).

Penganjur: Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global

Penaja khas: TKF Inc.
Penaja: JTB Corp.
Rakan usaha sama: Kerajaan Perbandaran Tsukuba/Bank Mizuho, Ltd.
Penyokong: Aioi Nissay Dowa Insurance Co., Ltd.

Laman web rasmi:
https://global-innovation-challenge.com/en

Garis panduan permohonan terperinci boleh dimuat turun dari laman web berikut:
https://global-innovation-challenge.com/en/2021/#guidelines

Video konsep:
https://global-innovation-challenge.com/en/#movie

Video promosi:
https://global-innovation-challenge.com/en/2021/#movie

Akaun Rasmi Facebook:
https://www.facebook.com/Global-Innovation-Challenge-109304510495923

Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13721

No comments:

Post a Comment