Tuesday, September 15, 2020

Toshiba Lancar Geganti Foto Di Dalam Pakej Baharu Untuk Pemasangan Ketumpatan Tinggi



TOKYO, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan tiga geganti foto, TLP3480, TLP3481 dan TLP3482 dalam P-SON4, sebuah pakej baharu dengan suatu ruang pemasangan yang jauh lebih kecil berbanding dengan pakej SOP Toshiba. Penghantaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200913005083/en/


Semua geganti foto baharu itu mempunyai sebuah penarafan voltan terminal output keadaan MATI dan penarafan arus keadaan HIDUP yang setanding dengan produk yang terdapat di dalam produk pakej SOP, dengan penarafan di antara 30V dan 4.5A sehingga 100V dan 2A, menurut peranti itu.

Pakej P-SON4 baharu itu adalah sangat sesuai dengan pemasangan berketumpatan tinggi, memandangkan ia mempunyai suatu ruang pemasangan 7.2mm² (jenis), kira-kira 74% lebih kecil daripada pakej 2.54SOP4 dan 84% lebih kecil berbanding dengan  pakej 2.54SOP6. Ia juga mempunyai rintangan HIDUP yang rendah dengan menggunakan cip[¹] MOSFET terbaharu Toshiba di bahagian alat penerima.

TLP3480, TLP3481, dan TLP3482 mempunyai penarafan arus keadaan HIDUP sebanyak 4.5A, 3A dan 2A. Mereka boleh digunakan di dalam pelbagai aplikasi peralatan pengukuran.

 
Penggunaan

• Alat penguji semikonduktor (memori, SoC, LSI, dll.)
• Kad pemeriksaan
• Papan antara muka I/O

Ciri-ciri

• Pakej kecil baharu P-SON4: 2.1 x 3.4mm (jenis), ruang pemasaran 7.2mm² (jenis)
• Penarafan arus keadaan HIDUP yang besar


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13738

No comments:

Post a Comment