Monday, March 6, 2023

AURA NETWORK INGIN MENGUMUMKAN TARIKH PELANCARAN JARINGAN UTAMA XSTAXY

Aura Network mengumumkan tarikh pelancaran untuk Jaringan Utama Xstaxy pada 20 Mac 2023. (Grafik: Business Wire)

HANOI, Vietnam, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lebih 15 bulan pembangunan berterusan dengan ujian yang mantap dan pengoptimuman produk, kini Aura Network secara rasmi bergerak ke fasa seterusnya, mengumumkan pelancaran Jaringan Utama Aura Network - 'The Xstaxy’ yang amat dinanti-nantikan. Pencapaian penting ini mewakili jejak revolusi syarikat ke dalam ruang Web3 dan bercita-cita menjadi satu daripada peneraju lapisan-1 berasaskan Cosmos yang tertumpu di sekeliling NFT, permainan Web 3.0 dan DeFi yang mampan.

“Persiapan Jaringan Utama kami sedang berjalan dengan lancar. Kami amat berbesar hati ingin mengumumkan tarikh pelancaran Jaringan Utama Aura pada penghujung suku pertama. Semua pasukan sedang mengambil langkah agresif untuk menjayakan pelancaran Jaringan Utama ini tepat pada masanya seperti yang dijanjikan dengan pelabur, rakan niaga dan komuniti,” kongsi Giang Tran, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Aura Network.

Jaringan Utama Xstaxy ditetapkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac, 13:00 UTC. Melalui pengaktifan jaringan utama ini, Aura Network akan berkembang maju untuk meletakkan kedudukan syarikat sebagai rantaian lapisan-1 kontrak pintar pertama yang dibenarkan memacu ke arah penerimagunaan NFT secara besar-besaran dalam ekosistem Cosmos.

Sebagai persediaan untuk pelancaran ini, Aura Network melancarkan empat kemas kini penting yang utama mengenai pembangunan jaringan utama ini:

No comments:

Post a Comment